web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Nasihat Semua Pihak Amalkan Demokrasi Bermusyawarah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 11:07AM

Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.

“Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Menyifatkan kematangan seumpama itu didambakan seluruh rakyat, Al-Sultan Abdullah bertitah perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah ‘Keluarga Malaysia’, negara akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.

“Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi biduk lalu kiambang bertaut, sesungguhnya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru semua Ahli Parlimen agar mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat dan negara yang terlalu lama dibelenggu isu kesihatan dan kemurungan ekonomi.

Seri Paduka bertitah sebarang bibit pertelingkahan hendaklah segera dihentikan supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

“Ratusan pucuk surat telah beta terima daripada rakyat beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

“Nasihat beta kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu,” titah Seri Paduka.

Bersempena sambutan hari Malaysia yang bakal dirai pada 16 September ini, Seri Paduka juga menyeru Ahli Parlimen dan seluruh rakyat untuk menghayati sejarah kemerdekaan dan pembentukan persekutuan Malaysia supaya sentiasa mempunyai asas patriotisme dan semangat cintakan negara yang tinggi.

Berkongsi situasi politik negara sebelum ini, Al-Sultan Abdullah bertitah negara menyaksikan peletakan jawatan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lepas, kali kedua dalam tempoh pemerintahan Seri Paduka.

Seperti yang berlaku pada 2020 ekoran peletakan jawatan Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka bertitah amanah berat untuk memilih dan melantik Perdana Menteri kesembilan telah dilaksana dengan berpandu kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, beta telah memberi peluang kepada semua 220 Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk menamakan menerusi surat akuan seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah setelah mendapati 114 Ahli Dewan Rakyat memberi kepercayaan dengan kerelaan mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan, Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Dalam titah ucapan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan barisan Ahli Jemaah Menteri lepas yang menerajui pentadbiran negara mengharungi cabaran pandemik COVID-19 yang getir.

Mengakhiri titah ucapan, Seri Paduka turut berkenan menitipkan tiga rangkap pantun sebagai pesanan tulus ikhlas buat Ahli-Ahli kedua-dua dewan yang antaranya supaya mereka ikhlas berbakti agar rakyat tidak gusar dan bimbang selain memartabatkan semula maruah negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad