web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APMM Selamatkan Lelaki Terdampar Atas Batu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 3:00PM

Seorang lelaki berjaya diselamatkan oleh APMM selepas ditemui terdampar di atas batu di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Seorang lelaki yang ditemui terdampar di atas batu di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di sini, semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Sharizan Raman berkata, pihaknya mengerakkan operasi ke lokasi berkenaan selepas menerima maklumat orang awam.

Katanya sebaik tiba, seorang lelaki didapati terdampar di atas batu di perairan berkenaan sebelum anggota menjalankan operasi menyelamat.

“Mangsa berusia 43 tahun dan ditemui dalam keadaan lemah dan separa sedar terbaring di atas batu.

“Bantuan kecemasan diberikan dengan kerjasama komuniti nelayan setempat sebelum mangsa dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, di sini,” katanya hari ini.

Anggota APMM mengusung seorang lelaki untuk rawatan lanjut selepas ditemui terdampar di atas batu di Teluk Dalam, Pulau Pangkor.
Anggota APMM mengusung seorang lelaki untuk rawatan lanjut selepas ditemui terdampar di atas batu di Teluk Dalam, Pulau Pangkor.

Sharizan berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan lanjut.

Punca kejadian, jelas beliau, masih dalam siasatan dan rakaman percakapan belum dapat diperoleh berikutan mangsa masih berada dalam keadaan trauma.

Menurutnya, APMM meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Perak di talian 05-6838737. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad