web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja-kerja Pembersihan Hutan Di Atas Bukit Tabur Jadi Tanda Tanya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 4:55PM

Keadaan di atas puncak Bukit Tabur menunjukkan sebahagian kawasan telah dibersihkan. - Gambar dari Facebook Peka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gambar-gambar yang menunjukkan pembersihan hutan di atas Bukit Tabur di Selangor, yang juga dikenali sebagai Permatang Kuartza Genting Klang, nyata mengecewakan aktivis alam sekitar, pendaki dan penduduk yang menetap di kawasan berhampiran.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), sebuah kumpulan yang terlibat dalam pemuliharaan alam, telah berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana kawasan berkenaan ditarah di dalam Facebooknya.

Gambar berkenaan turut menunjukkan gambar sampah sarap yang ditinggalkan begitu sahaja.

Sampah sarap yang dibiarkan begitu sahaja di kawasan sekitar Bukit Tabur. - Gambar dari Facebook Peka
Sampah sarap yang dibiarkan begitu sahaja di kawasan sekitar Bukit Tabur. - Gambar dari Facebook Peka

Dalam isu ini, Peka mempersoalkan bagaimana jentera berat berkenaan boleh sampai ke puncak dan menjalankan kerja-kerja di situ sedangkan pendaki dihalang daripada memasuki kawasan berkenaan.

''Kenal tempat ni? Macam mana boleh kontraktor halimunan dengan jentera halimunan dia boleh sampai ke atas dan menjalankan kerja-kerja perbersihan hutan dikawasan lereng bukit nie yea?

''Syaratnya hikers tak boleh naik, tetapi jengkaut dan kontraktor ‘invisible’ boleh bersihkan hutan ke apa? Satu lagi contoh penguatkuasaan yang boleh diberikan markah ‘F’,'' kata pertubuhan tersebut dalam hantarannya.

Seorang pengguna Facebook, berkata:

''Bawa kemuka pengadilan....Dulu boleh la senyap..sekarang zaman maju, tak boleh nak lari?.''

Dalam pada it, aktivis Orang Asli Shaq Koyok berkata:

''Pelajar dari seluruh dunia mempelajari mengenai jajaran kuartza terpanjang di dunia, sehingga mereka mahu datang ke Malaysia. Namun ramai rakyat Malaysia yang masih tidak peduli akan keunikan alam ini.”

Perkara itu juga membuat orang ramai tertanya-tanya apakah ia ada kaitan dengan pembinaan geopark yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas.

The Vibes cuba mendapatkan komen daripada Jabatan Perhutanan namun gagal, ketika berita ini diterbitkan. – The Vibes, 11 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar