web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Nelayan Vietnam Ditangkap Ceroboh Perairan Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:50PM

Nelayan Vietnam ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak kerana menceroboh perairan negara dengan menangkap ikan tanpa kebenaran dalam Operasi Khas pada jarak lebih kurang 167 batu nautika Timur Laut Tanjung Po, Kuching, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Tindakan berani bot nelayan Vietnam menceroboh perairan negara dengan menangkap ikan tanpa kebenaran  mengundang padah apabila mereka ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, bot berkenaan ditahan dalam Operasi Khas pada jarak lebih kurang 167 batu nautika di Timur Laut Tanjung Po di sini, pada jam 7.40 pagi.

Menurut beliau, bot itu cuba melarikan diri apabila dirapati bagi tujuan pemeriksaan dan geledah, namun berjaya dipintas dan ditahan oleh penguat kuasa.

“Pemeriksaan dan geledah mendapati bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen serta kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara,” katanya hari ini.

Zin Azman berkata, tujuh kru termasuk tekong warga Vietnam berusia dalam lingkungan 19 hingga 45 tahun juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa.

Bot yang digunakan nelayan Vietnam untuk menceroboh perairan negara.
Bot yang digunakan nelayan Vietnam untuk menceroboh perairan negara.

“Bot dan kesemua kru telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel KOMTAS, Kuching untuk siasatan lanjut.

“Hasil tangkapan pelbagai jenis ikan dianggarkan seberat 1,300 kilogram, peralatan menangkap ikan, serta bekalan diesel lebih kurang 1,300 liter turut dirampas,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan mencecah RM600,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kesemua kru telah menjalani ujian saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga setiba di jeti,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

3 Pelajar Ditahan Selepas Rakam Aksi Samun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar