web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Guna Kuasa, CEO GLC, 3 Pegawai Kanan Direman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 2:57PM

Ketiga-tiga suspek direman sehingga Ahad bermula hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) subsidiari sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terkemuka bersama tiga lagi pegawai kanannya, direman sehingga Ahad bermula hari ini bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa dan kedudukan berjumlah RM2.2 juta.

Perintah tahanan reman sehingga 12 September itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Wan Nor Fadzillah Wan Ibrahim di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber, kesemua suspek tersebut ditahan antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang semalam di Pejabat SPRM Kedah setelah hadir bagi memberi keterangan.

“Mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menyalurkan dana berjumlah RM2.2 juta dari GLC berkenaan ke dalam dua syarikat lain.

“Keempat-empat mereka dipercayai memiliki kepentingan dalam kedua-dua syarikat terbabit dan tindakan itu disyaki dilakukan antara 2016 hingga 2019,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran