web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon Duduki SPM 2020 Cipta Sejarah Tersendiri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 9:03AM

Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Puan Habsah di George Town, Pulau Pinang melekatkan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 di pintu masuk kelas pada 18 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan mencipta sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu bermula di seluruh negara esok.

Kumpulan pelajar Tingkatan Lima terbabit mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat - hanya sekitar empat bulan - semuanya gara-gara penularan pandemik COVID-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype. 

Mereka juga terpaksa menduduki peperiksaan itu tanpa berpeluang menguji kemampuan diri dalam pelbagai mata pelajaran menerusi peperiksaan percubaan seperti kelaziman.

Bukan sedikit suara yang menggesa agar peperiksaan SPM 2020 ditangguhkan namun ramai juga yang mahu pelajar menduduki peperiksaan itu selepas melakukan persediaan selama 26 bulan (termasuk 12 bulan ketika di Tingkatan Empat), dengan sebahagian calon sudah berusia 18 tahun, iaitu setahun lebih tua berbanding kebiasaan.

Calon-calon SPM ini serta mereka yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan menduduki peperiksaan tersebut di 3,310 pusat peperiksaan dalam persekitaran normal baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Peperiksaan kali ini amat jauh bebeza (berbanding tahun-tahun sudah).

“SOP lebih ketat dan terperinci bagi memastikan anak-anak kita dapat menduduki peperiksaan dalam suasana tenang, selesa dan selamat,” kata Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Seramai 48,014 pengawas peperiksaan akan memastikan SOP ini dipatuhi sepenuhnya.

Semua pelajar perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum memasuki dewan peperiksaan selain mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang tempoh menduduki peperiksaan.

Persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan terbabit,

Selain dewan utama, turut disediakan bilik alternatif bagi calon yang mungkin menunjukkan simptom COVID-19. Turut disediakan kelas isolasi dan transit.

Sekiranya ada keperluan untuk dewan disanitasikan, calon akan dipindahkan ke bilik darjah yang disediakan bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan lancar.

Peperiksaan SPM, SVM dan STAM diadakan pada November setiap tahun, namun bagi 2020, peperiksaan terbabit terpaksa ditangguh kepada Januari 2021 sebelum dianjak sekali lagi kepada Februari 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang memaksa penutupan sekolah.

Pelajar-pelajar ini perlu diberikan masa untuk bersedia menghadapi peperiksaan tersebut.

Sesi persekolahan 2020 bagi pelajar Tingkatan Lima dan Enam, dibuka semula pada 20 Januari tahun ini, iaitu sebulan sebelum peperiksaan berlangsung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad