web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Masa Jual Kit Ujian Ikut Harga Asal - Pengusaha Farmasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 3:41PM

Pelaksanaan harga maksimum RM19.90 untuk RTK Antigen akan berkuat kuasa mulai esok. - Gambar Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengedar dan penjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen merayu diberi masa untuk menghabiskan stok ujian COVID-19 pada harga asal, kerana telah membelanjakan sejumlah besar wang sebagai modal.

Menurut mereka, pengumuman mendadak kerajaan itu menimbulkan keresahan, apabila ia berpotensi mencetuskan kerugian besar.

Pengedar barangan farmasi, Azrie Yusuf, 40, berkata, majoriti pengusaha telah mengeluarkan modal besar untuk membeli kit ujian kendiri pada harga asal, iaitu melebihi harga siling diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya menetapkan tempoh tertentu bagi membolehkan mereka menghabiskan semua stok itu mengikut harga asal.

"Ada di antara kami yang sudah membeli dan menyimpan stok yang banyak. Untuk mengetahuan umum, kami sebagai pihak pengedar dan penjual, telah memperolehi stok dengan harga modal sekitar RM24 hingga RM32 untuk satu kit ujian. Mana mungkin kami boleh menjual dengan harga siling RM19.90?.

"Sudah pasti kami akan merasa sangat terkilan kerana berdepan kerugian," kata Azri kepada Getaran.

Pendapat sama turut dikongsi oleh Azly Tumiran, 36 yang menegaskan, kerajaan perlu memantau harga kawalan daripada pengilang sejak awal bagi mengelakkan pengedar dan penjual menanggung kerugian.

"Apabila kerajaan tetapkan harga ujian kendiri COVID-19 sebanyak RM19.90 sedangkan ia telah dibeli pada harga borong melebihi harga siling yang ditetapkan, maka kami tiada pilihan lain dan akur dengan keputusan tersebut walaupun kami berdepan kesukaran untuk menghabiskan stok yang ada," keluhnya.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa harga borong dan runcit maksimum RTK Antigen COVID-19 telah ditetapkan pada RM16.00 dan RM19.90 sahaja.

Pada 2 September lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut memaklumkan bahawa harga siling itu akan mula berkuat kuasa pada Ahad.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penentuan harga itu dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Menurut beliau, ia bagi memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna serta peniaga.

"Penentuan harga dibuat berdasarkan maklumat harga daripada pemantauan harga di semua premis dan farmasi di seluruh negara.

"Permintaan terhadap kit ujian kendiri tersebut dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas dari wabak," katanya. -  Getaran, 4 September 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar