web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Tangani Pelajar Tolak Vaksin, Sistem Pendidikan Terjejas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 7:31AM

Mohd Alif Anas Md Noor (kiri) dan Wan Mohd Husni Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penolakan vaksin COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah harus ditangani segera bagi mengelakkan kesan lebih buruk akibat penularan virus itu apabila sesi pendidikan bersemuka dimulakan.

Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, isu penolakan itu juga dibimbangi menjejaskan usaha negara mencapai imuniti kelompok dan membendung pandemik COVID-19 dalam tempoh disasarkan.

Bagi menangani isu terbabit katanya, pihak bertanggungjawab perlu mengadakan program kesedaran vaksin COVID-19, termasuk sesi kaunseling untuk memberi pemahaman bahawa pengambilan suntikan itu tidak berbahaya kepada pelajar sekolah.

“Isu penolakan vaksin COVID-19 oleh segelintir perlu ditangani secara berhemah supaya mereka memperoleh penerangan terperinci berhubung kepentingan suntikan ini.

“Kita menjangkakan isu seperti ini sekiranya tidak ditangani segera, boleh menjejaskan peratusan imuniti kelompok dan tercetus penularan wabak di institusi pendidikan berkenaan," katanya kepada Getaran.

Imuniti kelompok, jelas Mohd Alif, mesti dicapai dengan kadar segera supaya sistem pendidikan di sekolah dapat berjalan lancar.

Baru-baru ini tiga pelajar sekolah, masing-masing terdiri daripada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan dua remaja lelaki 17 tahun membuat laporan polis, bagi menyatakan pendirian mereka untuk menolak vaksin COVID-19.

Mereka mendakwa menerima borang daripada guru dua minggu lalu untuk suntikan vaksin, namun memutuskan untuk tidak menerima imunisasi atas alasan bimbang berlaku kesan sampingan tidak diingini terhadap diri.

Mohd Alif Anas berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada anak masing-masing mengenai kepentingan vaksin COVID-19, termasuk sebagai ‘perisai’ bagi mengelakkan kesan jangkitan lebih serius.

Jelasnya, ibu bapa dinasihatkan jangan mempengaruhi atau menyokong anak menolak vaksin COVID-19 kerana tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.

Tindakan diambil ibu bapa itu juga, katanya, boleh memberi risiko lebih teruk terhadap keselamatan anak mereka sekiranya dijangkiti virus berkenaan, kerana tidak memiliki sebarang perlindungan kesihatan diri.

“Ya memang lah selepas mengambil vaksin individu masih boleh dijangkiti, tetapi menurut kajian kes, kesan sampingannya tidak begitu teruk, sekadar kategori satu atau kategori dua yang tidak serius.

“Ibu bapa tidak boleh mempengaruhi dan menyokong tindakan anak mereka menolak vaksin kerana ini bukan membabitkan satu atau dua individu, sebaliknya kelompok pelajar yang akan memasuki sekolah secara bersemuka nanti,” katanya.

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Wan Mohd Husni Abdullah berkata, usaha menggalakkan pengambilan suntikan vaksin COVID-19 dalam golongan pelajar harus dimainkan semua pihak berkaitan, termasuk pentadbiran sekolah.

Pihak pentadbiran sekolah katanya, perlu menyampaikan kebaikan vaksin COVID-19 dan menjelaskan dengan terperinci risiko yang bakal diterima, sekiranya pelajar tidak mengambil suntikan berkenaan.

Wan Mohd Husni berkata, perkongsian maklumat itu boleh dilakukan secara atas talian bagi mendidik pelajar supaya mereka sedar dan bersedia untuk mengambil vaksin.

“Ibu bapa dan keluarga terdekat pelajar perlu memainkan peranan dengan berkongsikan kebaikan vaksin daripada sumber sahih dan kelebihan sekiranya mereka menerima suntikan ini,” katanya.

Selain itu Wan Mohd Husni berkata, khidmat bimbingan dan kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang menolak, takut atau bimbang mengambil vaksin COVID-19 bagi meyakinkan mereka.

“Tidak perlu dikenakan sebarang tindakan kepada murid tidak mahu mengambil vaksin. Mungkin mereka hanya bimbangkan kesan sampingan. Tugas kita adalah mendidik generasi seawal persekolahan, jadi ini masanya kita memberi kefahaman terperinci.

“Apapun saya menasihatkan pelajar diluar sana, ambil vaksin COVID-19 kerana ia dapat menyelamatkan banyak nyawa. Tidak perlu takut dan bimbang, ini selamat untuk semua,” katanya. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar