web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nyahwarta Hutan Simpan Perbuatan Khianat - PHSKLU

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 12:12PM

PHSKLU mengecam keras keputusan kerajaan negeri Selangor yang diketuai Datuk Seri Amirudin Shari untuk menyahwarta kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap suara dan kehendak rakyat.

Pertahankan HSKLU (PHSKLU) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah tindakan berkenaan berkata, ia bercanggah dengan ketetapan dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor tahun lalu, iaitu penghapusan segala bentuk penyahwartaan.

Menurut PHSKLU, mereka berhasil mengumpul 130,000 tandatangan pelbagai pihak, khususnya komuniti sekitar, sebagai menyokong bantahan tersebut.

“PHSKLU mengecam keras keputusan kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menyahwarta kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 536.7 hektar pada 5 Mei 2021.

“Kami amat kesal kerana pihak berkenaan sama sekali tidak membuat sebarang rundingan awam dengan pihak berkepentingan, malah tiada informasi terperinci mengenai proses atau hasil inkuiri awam mengenai penyahwartaaan hutan simpan berkenaan,” katanya di sini.

Jelas PHSKLU, Jabatan Perhutanan menerima lebih 45,000 bantahan berhubung isu berkenaan.

Kempen #HutanPergiMana pada Oktober lalu juga mendapati, 1,500 individu menghantar e-mel bantahan dalam masa sebulan kepada wakil rakyat di Selangor.

“Pada November tahun lalu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sebulat suara mengundi bagi menyokong satu usul yang dibentangkan bertujuan melindungi dan membatalkan rancangan penyahwartaan HSKL.

“Namun begitu, Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian menerusi sesi penggulungan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin memberitahu, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan keseluruhan kawasan hutan simpan itu sebagaimana rancangan asal selepas mendapat bantahan komuniti,” katanya.

Laporan Panel Antara Kerajaan bertarikh 9 Ogos 2020 mengenai Perubahan Iklim (IPCC) terbaru jelas PHSKLU lagi, telah memberi amaran mengenai bencana alam yang tidak dapat dipulihkan sekiranya tiada tindakan segera diambil.

“Keputusan untuk mengasingkan hutan simpan saat ini jelas menunjukkan bahawa ia bermotifkan keuntungan, dan kurangnya pemahaman serius tentang keparahan krisis bencana alam.

“Ia mengakibatkan bukan hanya pengabaian kepentingan awam, malah bertentangan dengan prinsip tadbir urus alam sekitar dan sosial yang baik,” tegas pertubuhan itu lagi.

Kerajaan negeri Selangor kelmarin mengaku telah menyahwarta 54 peratus hutan Simpan Kuala Langat Utara sejak Mei lalu.

Perkara berkenaan didedahkan ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Langkah ini akan membolehkan 536.7 hektar daripada keseluruhan kawasan seluas 991.9 hektar hutan itu dieksploitasi. - Getaran, 2 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran