web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Tentera Sertai Eksesais, Dikhuatiri Lemas Di Sungai Pahang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 5:17PM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak (kiri) meninjau operasi SAR di Sungai Pahang. - Gambar dari Facebook Adun Chenor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang anggota tentera yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di Kampung Batu Bor, Bera, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini berkata Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, iaitu anggota tinjau Kompeni PANDURA dipercayai hilang pada 4.40 petang semalam semasa melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberangi sungai tersebut.

"TDM telah menggerakkan anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 4.50 petang semalam, sebelum ditangguhkan pada 7 malam hari sama ekoran cuaca yang semakin gelap. Setakat ini, operasi yang disambung hari ini masih belum menemukan mangsa," menurut kenyataan itu.

Operasi SAR turut disertai bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat.

TDM juga berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu misi pencarian ini serta bagi menjaga perasaan waris mangsa yang terlibat.

Eksesais Para Predator merupakan latihan berskala besar selama dua minggu bermula Selasa lepas, adalah satu daripada eksesais dilaksanakan TDM melalui 10 Briged (PARA) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dengan penglibatan hampir 1,900 pegawai dan anggota.

Latihan yang diadakan di pesisiran Sungai Pahang itu juga bertujuan memberikan pendedahan keadaan ancaman sebenar melalui latihan, gambaran kesiagaan dan keupayaan sebenar atur gerak TDM selain mendidik serta berkongsi pengetahuan mengenai peranan tentera dalam aspek keselamatan. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad