web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Ahli Geng Ayoi Gombak Terlibat 300 Kes Ragut Ditangkap

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 8:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Dua lelaki daripada Geng Ayoi Gombak yang disyaki terlibat dalam hampir 300 jenayah ragut barang kemas sejak awal 2018 ditahan dalam serbuan di Gombak pada 26 Jan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata antara yang dirampas ketika serbuan ialah kereta Honda FD dan Toyota Vellfire bernilai keseluruhan RM280,000 dipercayai dibeli dengan hasil jenayah itu selain empat motosikal, dipercayai digunakan ketika meragut.

“Kedua-dua suspek direman mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bermula Isnin lepas sehingga 7 Mac ini dan turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pengubahan Wang Haram dan Pecegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001,” katanya.

Beliau berkata suspek berusia 31 dan 35 tahun itu menyasarkan penunggang atau pembonceng motosikal yang memakai rantai dan gelang emas sepanjang melakukan jenayah berkenaan.

“Kesemua ahli kumpulan akan bergerak serentak dan menggunakan motosikal masing-masing untuk meragut di sekitar Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan dalam lingkungan RM50,000 hingga RM60,000 sebulan. 

“Ketika meragut, seorang daripada mereka akan memulakannya dahulu dan jika tidak berjaya, barulah seorang lagi akan meragut mangsa sama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Saiful Azly berkata bagi mengaburi mata masyarakat, seorang daripada suspek menjalankan perniagaan makanan manakala seorang lagi menjalankan perniagaan vape dan mereka turut dipercayai menggunakan hasil jenayah ragut untuk membuat pusingan modal.

Beliau berkata barang kemas yang diragut akan dijual secara haram kepada seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Angah pada harga RM190 segram yang dipercayai akan meleburkan emas terbabit selepas dibeli.

Polis sedang mengesan Angah, yang juga dikenali dengan nama Zul Hafiz Rosli, 36, beralamat di Kampung Batu Muda, Batu 4 ½, Jalan Ipoh di sini dan seorang lagi individu dikenali sebagai Babie atau Noorazizuddin Ahmad, 30, yang beralamat di Apartment Putra Ria, Jalan Bangsar di sini untuk membantu siasatan.

Katanya sepanjang 2020, polis Kuala Lumpur menerima 321 laporan mengenai jenayah ragut dan 26 laporan lagi diterima pada Januari tahun ini.

Dalam kes berasingan, empat lelaki iaitu dua warga tempatan, seorang warga Myanmar dan seorang warga India berusia lingkungan 31 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki mencuri elektrik untuk kegiatan perlombongan Bitcoin dalam serbuan di enam premis di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Rabu lepas.

Saiful Azly berkata kegiatan sindiket yang dipercayai sudah beroperasi sejak dua tahun lepas itu mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) rugi sebanyak RM3 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik dan melakukan khianat ke atas harta milik TNB. Selain itu, tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Beliau juga berkata 57 individu ditahan dalam sekatan jalan raya Op COVID-19 berhubung kes dadah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada 13 Jan lepas sehingga semalam.

Katanya ia membabitkan rampasan dadah jenis syabu, ekstasi dan erimin 5 bernilai RM12,993.25  dengan 53 daripada jumlah individu yang ditahan didapati positif dadah.

Dalam perkembangan lain, Saiful Azly berkata kertas siasatan berhubung kes Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang didakwa tidak mematuhi SOP PKP dalam satu majlis sudah dihantar  kepada Peguam Negara oleh pihak Bukit Aman. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad