web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Baharu Diumum, Tiada Portfolio Timbalan Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 12:47PM

Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan dalam senarai Kabinet baharu yang diumumkan hari ini, sebaliknya portfolio itu akan digalas bersama empat Menteri Kanan.

Konsep itu diperkenalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, ketika mengambil alih pentadbiran daripada tangan Pakatan Harapan (PH) Mac tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman secara langsung itu berkata, empat portfolio kanan itu terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof, dan Menteri Kanan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Pembentukan Kabinet tersebut turut menyaksikan beberapa muka lama dikekalkan, antaranya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan.

Turut kekal menganggotai barisan Jemaah Menteri adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man selaku Menteri Alam Sekitar.

Lantikan lain adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Idris Ahmad; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)  Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Perdana Menteri juga membuat kejutan apabila memutuskan untuk membawa masuk beberapa muka ‘lama’ dari UMNO, antaranya Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan.

Turut terpilih ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi; dan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Seri Panglima Annuar bin Haji Musa,” katanya.

Portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula disandang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican manakala Datuk Seri Dr Adham Baba yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Kesihatan beralih kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi disandang Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin,  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan portofolio terakhir  Menteri Belia dan Sukan dipegang oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu,” katanya.

Menerusi pengumuman itu beliau menegaskan, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah menangani COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga perlu membuktikan prestasi masing-masing tempoh prestasi 100 hari pertama selepas dilantik.

Barisan Jemaah Menteri baharu itu dijadualkan mengangkat sumpah Isnin depan di Istana Negara. – Getaran, 27 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Politik 6 bulan yang lalu

Senarai Jemaah Menteri MADANI Hampir Dimuktamad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad