Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PPR Dijenamakan Semula Sebagai Rumah Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 1:54PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia bermula projek tahun ini, selain keluasan rumah ditambah kepada 900 kaki persegi (kps) berbanding 700 kps sekarang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Selain itu, beliau berkata kadar sewa perumahan tersebut di seluruh negara juga akan diselaraskan.

Ini merupakan sebahagian pembaharuan dasar yang dibuat oleh kementerian bagi meningkatkan keselesaan dan mutu hidup rakyat, sekali gus menjadikan mereka rakyat yang berkualiti tinggi, katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Seri Molek Perdana Fasa 1 dan PPR Taman Perling Johor, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata pelbagai fasiliti seperti taman permainan, dewan dan rumah ibadat juga harus disediakan dalam projek Rumah Malaysia bagi mewujudkan persekitaran yang sihat, selain penubuhan jawatankuasa penduduk yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan keselamatan.

Selain itu, kementerian juga menetapkan Rumah Malaysia perlu didiami oleh pemohon yang layak dalam tempoh tiga bulan selepas siap bagi menangani masalah kediaman tidak berpenghuni.

“Kerajaan negeri hendaklah beri kerjasama dalam mendapatkan pengisian. Ini termasuk memberi sewaan selama dua tahun sementara pemohon terlibat menguruskan pinjaman bank dan sebagainya.

“Sekiranya selepas tempoh dua tahun mereka masih gagal mendapatkan pinjaman bank, kerajaan negeri harus mengambil keputusan sama ada memberikan tempoh lanjutan sewaan atau mencari pemohon baharu,” katanya.

Zuraida berkata untuk tahun ini, sebanyak 11 projek Rumah Malaysia membabitkan 4,120 unit akan dibina di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Johor, iaitu di Kluang, Sembrong dan Pengerang.

Kesemua projek terbabit masih dalam proses tender.

Berhubung majlis hari ini, Zuraida berkata penyerahan kunci itu melibatkan 160 unit kediaman dan lapan unit kedai daripada keseluruhan 972 unit di Taman Seri Molek Perdana, serta 525 unit PPR Taman Perling. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

2

Politik 1 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

3

Politik 1 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Isu Perintah Larangan Bersuara Terhadap Chegu Bard

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 23 jam yang lalu

Denda SR10,000 Menanti Jika Ditangkap Tunaikan Haji Tanpa Permit

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Tiba Di Republik Kyrgyz Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari