web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP: Pengurus Pusat Hiburan, Pelanggan Kena Kompaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 7:54AM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggannya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, Petaling Jaya petang semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam operasi pukul 3 petang itu, pengurus pusat hiburan tersebut dikompaun RM25,000 manakala pelanggan berumur 20 hingga 50 tahun itu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang.

"Semasa serbuan dijalankan, terdapat tujuh pelanggan terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan sedang berhibur di dalam premis tersebut dan terdapat tiga lelaki warga asing yang bekerja di premis tersebut.

"Pengurus pusat hiburan itu dikompaun kerana premis itu beroperasi dalam tempoh Fasa 1 PPN manakala tujuh pelanggan dikompaun kerana mengunjungi pusat hiburan,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata ujian air kencing terhadap kesemua individu berkenaan juga mendapati dua pelanggan yang berumur 22 dan 25 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Katanya, pengurus pusat hiburan yang merupakan warga tempatan dan berumur 40 tahun itu juga gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras 2021 ketika diperiksa, dan turut ditahan bersama tiga pekerja warga asing bagi membantu siasatan.

"Pengurus itu akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 manakala warga asing itu ditahan mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1956/1963,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata kesemua suspek direman selama tiga hari bermula semalam hingga Rabu bagi membantu siasatan manakala suspek yang didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah hari ini di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad