web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB: Bekas CEO Tak Pasti Perlu Kebenaran BNM Untuk Pindah Wang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 7:44AM

Najib Razak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau tidak pasti sama ada syarikat itu telah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan sejumlah besar wang kepada pelbagai entiti.

Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan ke-10 itu mengenai pinjaman US$975 juta oleh 1MDB dari Deutsche Bank untuk tujuan membeli semula saham syarikat itu daripada seorang rakan pelaburannya.

Peguam itu berkata, sebahagian daripada pinjaman itu tidak digunakan untuk tujuan sebenar tetapi telah dipindahkan dalam dua bahagian (US$223 juta dan US$475 juta) iaitu dari 1MDB Energy Holdings Limited kepada syarikat Aabar Investment PJS Ltd (Seychelles) pada September 2014 dan kemudian kepada pelbagai entiti.

Muhammad Shafee: Adakah anda tahu bahawa kebenaran diperlukan untuk pemindahan sejumlah besar wang dari Malaysia?

Mohd Hazem: Saya setuju dari segi teknikal.

Muhammad Shafee: Adakah anda mendapat kebenaran BNM apabila memindah berjuta-juta wang daripada 1MDB kepada pelbagai entiti?

Mohd Hazem: Saya tidak pasti.

Muhammed Shafee: Adakah anda tahu bahawa adalah satu kesalahan jika anda tidak mendapat kebenaran BNM?

Mohd Hazem: Saya tidak tahu tetapi kemungkinan, ya.

Muhammad Shafee: Adakah pinjaman daripada Deutsche Bank untuk tujuan tertentu dan apabila tujuan itu tidak dipenuhi, adakah anda sedar bahawa anda telah melakukan pecah amanah (CBT) terhadap dana syarikat?

Mohd Hazem: Ya dari segi teknikal

Muhammad Shafee: Secara teknikalnya ia adalah CBT dan juga pengubahan wang haram.

Mohd Hazem: Ya.

Muhammad Shafee kemudian bertanya sama ada sesiapa telah menyiasat beliau di bawah CBT atau kesalahan pengubahan wang haram yang mana Mohd Hazem menjawab: Tidak.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat baik dengan anda,” kata peguam itu sambil menambah saksi itu patut dipenjarakan atas kesalahan CBT dan pengubahan wang haram dana tersebut.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Sept ini. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad