Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Sempat Murung...” Pemilik Nasi Paka Bangkit Selamatkan Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

Percaya bahawa rezeki datang daripada Tuhan, Yusliza tidak mahu mengalah dan berusaha lebih keras untuk memastikan perniagaannya bertahan sepanjang pandemik.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 5:25PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas empat tahun perniagaan Nasi Paka miliknya semakin maju, Yusliza Mohammed Noor tidak pernah menyangka terpaksa  berhadapan  detik mencabar apabila bisnes itu merosot teruk akibat pandemik yang melanda negara. 

Dari sebuah restoran yang tidak putus dikunjungi pelanggan, kini Yusliza yang mesra disapa Yus berhadapan dengan pahitnya realiti apabila terpaksa menutup kedai dan membuka warung bersaiz sederhana memandangkan keuntungan perniagaannya merosot kira-kira 80 peratus daripada pendapatan asal.

“Dulu, setiap kali makan tengah hari memang kedai akan penuh sampai orang berdiri menunggu meja kosong. Semua menu yang saya perkenalkan menggunakan konsep mudah, pantas dan paling penting sedap. Biasanya bila pelanggan order, baru kami akan goreng lauk. Jadi mereka akan makan Nasi Paka panas-panas.

“Tahun pertama pandemik saya boleh bertahan. Namun, bila masuk tahun kedua situasi semakin buruk yang mana pendapatan berkurangan sehingga 80 peratus.

“Saya pula memang tak buang pekerja dan beri mereka gaji penuh. Tapi, bila keadaan semakin tersepit, saya jelaskan situasi sebenar perniagaan dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat pilihan. Daripada enam pekerja, kini saya hanya mempunyai dua pekerja sahaja,” katanya ketika ditemui Getaran di gerainya yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Percaya kepada jenama Nasi Paka

Walaupun berdepan dugaan besar, Yus tidak pernah sesekali hilang kepercayaan terhadap jenama yang diusahakannya.

Nama ‘Paka’ diambil  sempena nama tempat Yus membesar di Terengganu. Yus seolah-olah ingin merakam kenangan dan keindahan zaman kecilnya. Resepi yang dihasilkan ini pula memang datang daripada Yus sendiri. Sebab itulah sambal yang digandingkan dengan Nasi Paka begitu menangkap sehingga membuatkan menu ini begitu melekat di ingatan pelanggan.

Nasi Paka memperkenalkan beberapa set juadah iaitu Ayam berharga RM6.80, Keli (RM6.80), Udang (RM13) dan  Talapia (RM13).

Tidak patah semangat

Ditanya apakah yang bermain dalam fikiran Yus semasa mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari premis yang sudah lama menjadi lubuk rezekinya. Dia hanya tersenyum sebelum mengakui pernah murung selama dua minggu.

“Saya tak bangun dari katil. Sesiapa telefon saya tak angkat. Whatsapp pelanggan pun saya tak balas pada waktu itu. Mujurlah saya dikelilingi rakan-rakan usahawan yang turut sama meniupkan semangat. Apapun yang jadi, kita kena teruskan perniagaan ini.

“Bila kapal sudah hampir karam, kita kena kurangkan muatan supaya ia boleh berlayar. Jadi, saya ambil keputusan keluar dari kedai dan cari mana-mana gerai yang boleh disewa. 

“Ikut perancangan asal, tahun ini saya nak buka lagi dua cawangan restoran Nasi Paka. Namun, apakan daya saya kena berpaksikan realiti. 

“Apapun, saya tetap bertekad dan berusaha untuk buka lagi dua gerai Nasi Paka. Tak dapat restoran, gerai pun tak ada masalah,” tambahnya yang juga merupakan mantan pengamal media.

Cepat bangkit dari kekalahan

Mengakui cabaran yang diterimanya sepanjang pandemik telah menjadikannya semakin berani untuk keluar dari zon selesa. Selain menjual hidangan di gerai, Yus mempromosikan produk sambalnya dan menjualnya di atas talian sehingga berjaya menembusi pasaran Singapura. Ia hadir dengan saiz kecil dengan harga RM10.90 dan saiz besar (RM18). 

Bukan itu sahaja, Yus turut menjual barang basah seperti udang dan ikan serta menyediakan perkhidmatan penghantaran. Yus juga menjual durian untuk memastikan kalangsungan hidup.

“Saya faham, ramai peniaga terjejas teruk sejak adanya COVID-19. Saya bersyukur meskipun pendapatan merosot, saya tidak berhutang dengan sesiapa bahkan dengan pekerja. Mujurlah simpanan saya mencukupi. 

“Jadi, dikesempatan ini saya mahu berkongsi sedikit nasihat dengan rakan-rakan yang berniaga. Kalau anda rasa nak ambil cuti untuk tenangkan fikiran. Silakan. Tapi ingat, selepas itu kita memang kena buka balik pelan bisnes. Perniagaan kita tetap kena jalan. Carilah sistem sokongan yang baik dan jangan putus harapan,” katanya menutup temu ramah. 

Gerai Nasi Paka dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Anda boleh singgah membeli di gerai yang terletak di 67, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Shah Alam atau menghubungi 0183681749 untuk maklumat lanjut. - Getaran, 26 Julai 2021.

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di alamat emel [email protected]


 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 6 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki

Refleksi 22 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN