Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pencinta Kek Mille Crepe Harus Kenali Kafe Ini

Terdapat 10 pilihan kek mille crepe yang terbukti enak dan miliki tekstur mewah di kafe Food Foundry, Petaling Jaya. Sudah pernah ke sana?

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 6:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sajian pemanis mulut yang dipopularkan oleh orang Perancis ini punya tarikan tersendiri. Mille crepe walaupun pada asasnya bukanlah sejenis kek (tidak dibakar dalam oven), namun kehebatan rasanya tidak boleh disangkal. Kek yang terhasil daripada 20 lapisan crepe senipis kertas ini memberikan letusan rasa yang diidamkan pencintanya.

Bahasa mudahnya, kek ini rasanya sedap dan mempunyai tekstur yang hebat. Tidak memerlukan banyak usaha untuk membuat kek ini - hanya sedikit masa dan kesabaran. Tetapi hasilnya sangat berbaloi!

Namun, ada jalan mudah untuk menikmati kek mille crepe ini. Bagi kita yang amatur, tak perlu sepahkan dapur, tak perlu rujuk mana-mana resipi.

Bagaimana caranya? Beli atau tempah sahaja dari Kafe Food Foundry yang terletak di Happy Mansion, Petaling Jaya, Selangor. Jika mahu hidup lebih mudah, semuanya di hujung jari.  Layari Food Foundry.co  untuk mendapatkan kek mille crepe pilihan hati. Bukan sahaja keinginan dapat dipenuhi, malah senyuman terukir di wajah.

Terdapat lebih 10 pilihan kek mille crepe yang boleh anda tempah di laman sesawang ini. Antaranya vanila, tiramisu, strawberry hibiscus, green tea, earl grey lavender, cookies and cream, coconut raspberry, chocolate, blueberry cheese dan almond salted caramel

Setiap perisa ini sudah pasti ada peminatnya tetapi Getaran mahu cadangkan tiga menu yang mesti anda cuba.

Pertama, tidak lain dan tidak bukan, almond salted caramel. Crepe yang dilapisi krim karamel masin serta kepingan badam rangup di atas kek memberikan sensasi rasa yang bukan kepalang. Suapan demi suapan sehingga sukar untuk berhenti. Sepotong kek mungkin tidak mencukupi untuk dikongsi.

Kedua, anda mesti dapatkan perisa vanilla. Mungkin ada yang menganggap perisa ini sudah ‘basi’, tetapi percayalah Food Foundry berjaya menghasilkan kek mille crepe vanilla yang memikat selera. Lembut, berkrim dan mewah dengan rasa vanila. Buktinya, perisa ini antara paling laris di sini.

Perisa ketiga wajib anda cuba ialah earl grey lavender yang merupakan signature dish di sini. Ia mengingatkan anda tentang acara minum petang ala Inggeris. Kombinasi krim pastri ringan yang disisipkan teh earl grey dan bunga lavender membuatkan diri terbuai dengan kelazatannya.

Penampilannya yang elegan sesuai dijadikan buah tangan untuk si dia. Bayangkan, belum sempat lagi kotak dibuka, haruman lavender sudah memanggil-manggil untuk dijamah.

Selain kek mille crepe, anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk lain di platform dalam talian ini. Ini kerana misi utama FoodFoundry.co adalah untuk mempersembahkan menu pencuci mulut serta hidangan yang dikenali dan digemari penduduk Lembah Klang.

Foodfoundry.co juga mahu menekankan bahawa terdapat pelbagai cara untuk menikmati sajian yang mudah dan enak secara mewah.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan pemanis mulut kegemaran anda hari ini. Sehingga 31 Julai ini, semua tempahan kali pertama untuk pelbagai jenis kek berpeluang menikmati potongan harga sebanyak 10 peratus. 

Anda hanya perlu masukkan kod FOODFOUNDRY10 ketika membuat pembayaran. Semua kek berukuran 9 inci dan sesuai untuk dimakan lapan hingga 12 ahli keluarga. Caj penghantaran pula ditetapkan pada kadar RM15 untuk semua pesanan di sekitar Lembah Klang. - Getaran, 19 Julai 2021

Gambar: Instagram @foodfoundry 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

2

TARA 5 bulan yang lalu

18 Sebab Sempurna Untuk Menikmati Kek!

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

4

TARA 8 bulan yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN