web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Sate Minang Terbaik di Paya Jaras

Tidak hanya terkenal dengan Tepung Pelita, Paya Jaras juga lubuk Sate Minang yang enak!

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak hanya terkenal dengan sajian Tepung Pelita secara tradisional, Paya Jaras juga merupakan lubuk makanan tradisi yang jarang diketahui oleh orang ramai di luar mukim Sungai Buloh

Sebagai seorang penduduk yang membesar di kawasan perkampungan yang dikelilingi bandar-bandar besar ini, bolehlah saya katakan kampung saya ini amat bertuah kerana masih mampu memiliki aneka makanan kampung yang asli, sedap dan lazat.

Meski dihimpit oleh arus kemodenan, makanan-makanan tradisional yang jarang boleh didapati di Lembah Klang, khususnya Kuala Lumpur masih boleh didapati di Paya Jaras.

Misalnya, Sate Minang. Sajian istimewa ini dibawa secara turun temurun oleh orang Melayu tempatan berketurunan Minang dari Ranah Minang, Sumatera Barat, seberang sana. Baiklah, tanpa membuang masa, mari menjengah dua Sate Minang terbaik di Paya Jaras, seperti di bawah:

Sate Minang Pak Yat

Yang paling lama dan menjadi pilihan ramai, Sate Minang Pak Yat. Istimewanya, Sate Minang di sini dibakar secara tradisional menggunakan arang kayu. 

Bagi yang kurang mengetahui tentang apa itu Sate Minang, selain isi ayam, isi dalaman ayam yang lain seperti hati, paru dan limpa turut dicucuk bersama dalam sebatang sate.

Rasa Sate Minang tidak sama dengan sate tempatan kerana ia menggunakan ayam pencen yang diperap selama dua jam dengan rempah ratus Minangkabau yang diimport khas dari Indonesia. 

Kemudian disajikan bersama ketupat atau nasi himpit. Lalu disimbah pula dengan kuah kacang istimewa yang membanjiri sate dan nasi himpit itu tadi.

Persembahan disudahi dengan keropok merah jambu yang rangup bagi menambah rasa dan warna dalam satu hidangan Sate Minang. Sempurna!

Lokasi: Sate Minang Pak Yat (Paya Jaras), 2986 Jalan Kuala Selangor, Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari dari Isnin hingga Ahad, bermula dari jam 12 tengah hari

Harga: RM5.50

 

Sate Minang Pak Edi

Sama sahaja seperti Sate Minang Pak Yat, saya suka makan di sini pada waktu malam kerana suasananya yang nyaman di bawah pohon rendang. Dipenuhi lampu-lampu malam romantis yang bergentayangan, sambil ditemani lagu-lagu rentak perlahan dendangan artis-artis Minang. 

Buat anda yang sukakan makanan-makanan khas Indonesia, Restoran Sate Minang Pak Edi ini juga menyediakan hidangan selain sate seperti Nasi Goreng Padang, bakso sum-sum, sup perut, sup tulang, soto, bebek (itik) sambal hijau dan ayam penyet. 

Makanan-makanan di sini tidak rasa sama seperti makanan-makanan Melayu tempatan yang lain kerana ia menggabungkan resepi turun-temurun untuk menghasilkan rasa aslinya. Tidak lengkap hidangan makanan Minang anda itu tadi, jika tidak memesan segelas air adpokat kisar!

Oh sebelum terlupa, Sate Minang di kedua-dua restoran ini (Pak Yat dan Pak Edi) turut menawarkan sate daging buat mereka yang lebih gemarkan daging lembu. Dagingnya turut diperap lama dengan rempah ratus Minangkabau yang diimport khas dari Sumatera, Indonesia. 

Lokasi: Pasar Malam Paya Jaras, Kampung Paya Jaras Tengah, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari dari Isnin hingga Ahad, bermula dari jam 12 tengah hari

Harga: RM4.50

Semua gambar: Zaidi Che

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

2

Politik 3 tahun yang lalu

‘Selamat Tinggal UMNO Sungai Buloh’ - Isham

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjara Sungai Buloh Semakin Sesak, Melebihi Kapisiti Ditetapkan - Ramkarpal

4

Politik 3 tahun yang lalu

#PRU15: Adakah SPR Guna Helah Kotor, Taktik Penangguhan?

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang