web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjara Sungai Buloh Semakin Sesak, Melebihi Kapisiti Ditetapkan - Ramkarpal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 5:08PM

Ramkarpal Singh berkata kesesakan Penjara Sungai Buloh adalah amat membimbangkan - Gambar Twitter Ramkarpal Singh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjara Sungai Buloh di sini semakin sesak, apabila penempatan banduan di situ kini melebihi 2,000 orang daripada kapasiti yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata, kesesakan penjara berkenaan adalah amat membimbangkan.

Menurut beliau, institusi penjara adalah aspek penting sistem keadilan jenayah.

“Semalam, saya melawat Penjara Sungai Buloh dan mendapati kesesakan penjara berkenaan adalah amat membimbangkan

“Sehubungan itu, kesesakan di penjara sudah tentu akan menjejaskan keberkesanan program pemulihan,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Mengulas lanjut, Ram Karpal berkata, setakat ini langkah pembaharuan institusi penjara sudah pun dimulakan pada peringkat dasar.

Katanya, sesi libat urus juga akan diadakan dengan pihak berkepentingan seperti bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Dalam pada itu, majoriti netizen turut meluahkan kebimbangan mereka terhadap isu kesesakan di penjara dan berharap ia dapat diatasi dengan kadar segera oleh kerajaan. 

“Ini adalah pemandangan yang perlu dilihat Yang Berhormat (YB). Teruskan lawatan tanpa rasmi seperti ini. Boleh saya cadangkan anda pergi ke sana pada waktu petang. 

“Ini bagi memberi kejutan kepada penjara bahawa anda ingin makan malam dengan banduan dan tahanan reman di sana. Keadaan ini termasuk di lokap polis, pusat reman dan penjara,” kata Maniam. 

“Harap YB lihat pada pesalah penggunaan dadah juga. Pesalah begini sepatutnya dirawat dan dibenarkan bekerja untuk jana ekonomi, bukan dikurung bersama penjenayah. Kerugian pada negara dan antara punca penjara sesak,” kata Zahrin. 

Sementara itu, anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang turut berkongsi ciapan Ramkarpal berkata, pihaknya sudah mengemukakan hasil kajian dijalankan mereka kepada pengurusan Penjara Sungai Buloh sebelum lawatan Timbalan Menteri berkenaan.

Jelas beliau, pihak berkenaan berdepan cabaran dalam menyediakan penjagaan kesihatan kepada banduan walaupun perkara yang asas.

“Hasil kajian kami, menunjukkan penyakit tuberkulosis (TB atau Batuk Kering) yang aktif dan terpendam adalah tinggi, manakala Hepatitis C (HCV) dan HIV pada tahap lebih rendah.

“Tak menghairankan, kesihatan mental adalah masalah besar (dalam penjara). Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesihatan dalam penjara.

“Oleh itu, reformasi penjara sangat diperlukan dan kini sedang dilakukan. Bagaimanapun ia perlu dijalankan seiring dengan Reformasi Dasar Dadah supaya kita tidak memenjarakan pihak yang tidak seharusnya berada dalam penjara,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad