Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


6 Nasi Ayam Paling ‘Berhantu’ di Sungai Buloh

Tidak hanya terkenal sebagai ‘Syurga Bunga’, Sungai Buloh juga terkenal dengan aneka nasi ayam yang menyelerakan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akibat sekatan merentas daerah sepanjang PKP3.0 ini, ramai antara kita ‘terperangkap’ di dalam daerah masing-masing. Lagi pula, arahan penutupan restoran dan kedai makan pada jam lapan malam juga sedikit sebanyak membuatkan situasi semakin huru-hara.

Ramai yang tidak sempat membeli makan malam dek kesuntukan masa, apatah lagi merentas daerah semata-mata untuk mendapatkan juadah atau makanan yang diidamkan. Untuk orang bujang seperti saya, tiadalah menjadi masalah. Sepinggan nasi ayam pun sudah cukup. 

Selalunya, saya merancang terlebih dahulu makanan yang ingin saya makan pada hari-hari tertentu. Saya bernasib baik kerana menetap di Sungai Buloh, yang bukan sahaja terkenal sebagai syurga bunga, malah terkenal kerana kepelbagaian makanan yang terdapat di sini.

Baiklah, buat semua pencinta nasi ayam di luar sana, jika ada kesempatan untuk datang ke Sungai Buloh selepas PKP atau suatu hari nanti, berikut saya senaraikan enam nasi ayam ‘berhantu’ yang cukup terkenal di Sungai Buloh, seperti yang tertera:

Nasi Ayam Nafas Baru

Terletak di Kampung Paya Jaras Hilir, Kedai Makan Nafas Baru memang tidak asing lagi buat penduduk Sungai Buloh. Kedai makan ini menyediakan aneka sarapan pagi makanan-makanan Melayu seperti Laksa Utara, Lontong, Mi Sup, Mi Kari, Mi Rebus, Nasi Lemak dan lauk-pauk. 

Paling istimewa yang saya suka jika membeli juadah di sini adalah nasi ayamnya. Uniknya, ayam goreng berempah digunakan sebagai daya tarikan utama. Bayangkan, aroma nasi ayam yang bersulam dengan aroma ayam goreng berempah, hirup pula dengan secawan teh tarik panas. 

Oh rindunya suasana pagi di warung kopi! 

Nasi Ayam Zarra

Jika anda menyukai sepinggan nasi ayam yang lebih konvensional, saya cadangkan Nasi Ayam Zarra. Kedai Makan Zarra ini memang khusus menghidangkan nasi ayam sebagai juadah utamanya.

Hanya berharga RM5.50, anda akan menikmati sepinggan nasi ayam yang empuk dengan sup panas yang enak. Padankan bersama air kelapa kisar. 

Buat masa ini, Kedai Makan Zarra sudah pun mempunyai dua cawangan, satu di Bandar Baru Sungai Buloh dan satu lagi di Kuang, Sungai Buloh.

Nasi Ayam Blagak 

Sama seperti Nasi Ayam Nafas Baru, Nasi Ayam Blagak turut menggunakan ayam goreng berempah sebagai hidangan utamanya. Yang membuat kelainan adalah sambal hitam dan merah terkenalnya, yang disertakan bersama.

Percayalah kata-kata saya, sambal hitam dan merah yang diberi nama Sambal Blagak ini sungguh sedap, sehinggakan terdapat permintaan ramai supaya dibotolkan untuk pembelian. Anda boleh membelinya dengan harga RM25 sebotol.

Dapatkan Nasi Ayam Blagak di Restoran Cucu Blagak’s House yang terletak di Kampung Melayu Sungai Buloh, berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh dan Stesen MRT/KTM Sungai Buloh. 

Nasi Ayam Berhantu

Terletak di Kampung Paya Jaras Dalam, Nasi Ayam Berhantu disediakan menggunakan resipi Melayu berketurunan Minang yang menetap di sini. 

Lebih kurang dengan Nasi Ayam Blagak, Nasi Ayam Berhantu turut terkenal kerana sambalnya iaitu sambal hitam dan hijau, khas Minang.

Anda boleh memilih ayam, sama ada mahukan ayam goreng biasa atau ayam kampung goreng berempah. Madukan bersama segelas air adpokat kisar yang segar. Terbaik!

Nasi Ayam Gepuk Sambal Gesek

Tidak seperti nasi ayam gepuk komersial yang lain, nasi ayam gepuk di sini dimasak dengan cara tradisional, tukang masaknya adalah orang-orang Jawa dari negara seberang. 

Cilinya digeser dengan tangan. Paling saya suka adalah kuah kacang, yang turut digeser tangan. Rasa lemak kacang bercampur aduk dengan sambal gesek dengan sempurna. 

Buat anda yang gemarkan sambal, Nasi Ayam Gepuk Sambal Gesek di Restoran Man, Bandar Baru Sungai Buloh ini sangat direkomendasi. 

Nasi Ayam Geprek Resipi

Buat anda yang gila pedas pula, saya cadangkan Nasi Ayam Geprek Resipi dari Restoran Ayam Geprek Resipi. Terdapat tiga peringkat kepedasan yang boleh anda cuba. 

Ayam geprek ini akan digoreng terlebih dahulu. Anda boleh memilih antara dua bahagian ayam, sama ada dada atau peha. Secara peribadi, saya lebih gemar bahagian peha kerana lebih berjus. 

Kemudian, ayam geprek ini akan dilumur bersama sambal geprek istimewa yang diperbuat daripada pelbagai jenis cili, cuka, gula dan garam yang menabur sebati. – Getaran, 21 Jun 2021

Semua gambar: Zaidi Che 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 11 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN