Jenama kopi warisan yang sinonim dengan kemewahan aroma dan kepakaran Eropah MOCCONA memperkenalkan inovasi terbaharunya, MOCCONA Liquid Espresso.
Direka untuk pencinta kopi moden yang menghargai kemewahan dan kesederhanaan, espresso pekat sedia tuang ini membolehkan anda menikmati kopi berkualiti kafe pada bila-bila masa dan di mana jua.
Rangkaian Liquid Espresso baharu ini hadir dalam tiga campuran lazat iaitu Medium Roast, Dark Roast dan Caramel.

Setiap kotak mengandungi lapan sachet dengan sukatan tepat, menawarkan espresso yang halus dan beraroma, memberikan pengalaman rasa setaraf barista tanpa memerlukan sebarang peralatan.
Hanya tuang satu sachet ke dalam cawan, tambah 150ml air atau susu (panas atau sejuk), kacau dan nikmati. Direka untuk gaya hidup yang sentiasa bergerak, sachet kecil ini membawa detik kafe terus ke perjalanan anda, ke rumah ataupun ke meja kerja.
Diperbuat daripada 100 peratus Arabica, MOCCONA Liquid Espresso mengekalkan kelembutan dan aroma espresso segar, tanpa mesin, tanpa penyukat, tanpa kerja pembersihan.
Serba boleh dan mudah disesuaikan, ia sempurna untuk mencipta pengalaman kopi anda sendiri, sama ada latte ais berkrim, long black yang padu, mocktail kopi, atau affogato yang memanjakan lidah.
“Pilihan pengguna kini semakin cenderung kepada sesuatu produk yang diperibadikan, mudah dibawa dan menjimatkan masa. Dengan inovasi ini, MOCCONA memenuhi tabiat kopi yang semakin berkembang, menawarkan lebih banyak fleksibiliti kepada pengguna yang mahukan keseimbangan antara kualiti, rasa dan kepantasan.
“MOCCONA Liquid Espresso sesuai untuk mereka yang menggemari pengalaman kopi kafe yang asli, tetapi mahu kebebasan menikmatinya walau di mana jua, pada bila-bila masa. Inilah kopi premium yang direka untuk gaya hidup moden,” ujar Pengurus Besar JDE Malaysia,pengedar sah di Malaysia, Fiona Tan.
Pelancaran MOCCONA Liquid Espresso melengkapkan rangkaian produk premium segera jenama ini, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kopi gaya hidup yang menginspirasi detik kemewahan dalam setiap hirupan.

Untuk meraikan pelancaran ini, MOCCONA akan mengadakan aktiviti digital dan lapangan untuk mengajak rakyat Malaysia mencuba sendiri pengalaman Liquid Espresso yang telah disediakan sebagai minuman menyelerakan.
Pengguna juga boleh menantikan promosi hadiah dengan pembelian serta siri jelajah interaktif yang menampilkan pelbagai resipi kopi peribadi.
MOCCONA Liquid Espresso kini boleh didapati di peruncit utama seluruh negara serta secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut mengenai MOCCONA, layari laman sesawang www.moccona.my. - Getaran, 13 Disember 2025