web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subway Malaysia Perkenal 'The Ultimate Footlong Meal', Hidangan Terunggul Terbaharu Untuk Peminat Sandwic

Bermula dari 29 Oktober hingga 30 Disember 2025, hidangan hebat ini menampilkan Black Pepper Chicken Edition serta Footlong Cookie pertama di Malaysia.

Selera Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2025 3:25PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Subway Malaysia memperhebatkan rasa dan keseronokan musim ini dengan pelancaran The Ultimate Footlong Meal, set hidangan berukuran satu kaki yang penuh kenikmatan, berani, sesuai dengan nama. 

Bermula dari 29 Oktober hingga 30 Disember 2025, kempen ini meraikan segala yang digemari rakyat Malaysia tentang hidangan hebat, rasa yang berani, saiz yang besar, dan keenakan roti segar. 

The Ultimate Footlong Meal menampilkan Black Pepper Chicken Edition serta Footlong Cookie pertama di Malaysia.

Hidangan Yang Sesuai Untuk Dikongsi

The Ultimate Footlong Meal menggabungkan tiga kegemaran utama Subway dalam satu set yang mengenyangkan:

  • Black Pepper Chicken Footlong Sub – diperbuat daripada peha ayam yang berjus, disalut dengan sos lada hitam yang pekat, dan dihidangkan dengan roti yang dibakar segar setiap hari.
  • Footlong Cookie – biskut sepanjang satu kaki pertama di Malaysia, dibakar segar setiap hari untuk tekstur lembut dan kenyal yang sempurna.
  • Footlong Cup – cawan edisi terhad setinggi satu kaki yang direka khas untuk melengkapkan pengalaman indulgent anda.

Gabungan ketiga-tiganya menjadikan hidangan ini penuh rasa, mengenyangkan, dan sesuai dikongsi. Inilah gaya Subway sebenar.

Kehadiran Gergasi Di Bukit Bintang

Bagi meraikan pelancaran ini, Subway mempersembahkan instalasi beg Subway 3D gergasi di Bukit Bintang bermula 27 Oktober hingga 2 November ini.

Instalasi berskala besar berbentuk beg Subway yang ‘melimpah dengan rasa’ ini mengajak pengunjung meneroka enam ‘lubang intai interaktif’, setiap satu menceritakan episod berbeza tentang The Ultimate Footlong Meal — daripada kehebatan Black Pepper Chicken hinggalah ke kemewahan Footlong Cookie.

Di ‘lubang intai’ terakhir, pengunjung boleh menemui mesej promosi eksklusif yang memberikan diskaun RM10 untuk pembelian pengenalan khas The Ultimate Footlong Meal di cawangan Subway yang terpilih.

Lebih Besar, Lebih Berani, Tetap Segar.

Berkongsi tentang pelancaran ini, Pengarah Pemasaran Subway Malaysia, Evelyn Lee, The Ultimate Footlong Meal ialah cara pihaknya meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap rasa yang berani dan hidangan yang mengenyangkan. 

“Daripada paha ayam berjus dalam Black Pepper Chicken Thigh hinggalah ke Footlong Cookie pertama di Malaysia, kempen ini menyatukan semua elemen yang digemari rakyat Malaysia iaitu kesegaran, kemewahan rasa, dan nilai dalam cara yang benar-benar besar dan terunggul,” ujar beliau. 

Edisi Black Pepper Chicken ini boleh didapati dalam pilihan sub, wrap, dan salad, memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati rasa lada hitam yang digemari.

Sementara itu, Footlong Cookie dan Footlong Cup eksklusif tersedia untuk set The Ultimate Footlong Meal, menambahkan lagi elemen keterujaan dan koleksi kepada tawaran terhad ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan promosi terkini, layari www.subway.com.my atau ikuti @subwaymalaysia di media sosial. - Getaran, 30 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000