web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandu Lalu Bask Bear Pertama Kini Dibuka Di Malaysia Timur

Sempena pelancaran ini, pandu lalu Bask Bear, Bintulu Paragon menawarkan tawaran beli 1 percuma 1 bermula 18-22 April, dari jam 11 pagi ke 2 petang, dan 5 petang ke 8 malam.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 8:37AM

Pandu lalu Bask Bear Bintulu Paragon adalah yang pertama dan terbesar di Malaysia Timur dengan keluasan 1600 meter kaki persegi.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bask Bear, peneraju minuman kopi inovatif di Malaysia baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan cawangan pandu lalunya yang pertama di Malaysia Timur.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di cawangan NAIM Street Mall, Bintulu Paragon, di mana ia adalah cawangan yang terbesar dengan keluasan 1,600 kaki persegi.

Daerah Bintulu terletak betul-betul di tengah wilayah Borneo di mana Bask Bear mendapatkan sumber Gula Aren® eksklusifnya bagi siri minuman Kopi Aren® Signature.

Majlis pelancaran ini juga adalah sebahagian daripada program Abang Johari pada Rabu lalu di mana beliau terdahulu telah menyerikan majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di NAIM Street Mall.

Acara memotong reben disempurnakan oleh Datuk Haidar Khan Asghar Khan, Timbalan Pengerusi BDA, yang mewakili Premier Sarawak.

Datuk Haidar Khan Asghar Khan (kiri), Timbalan Pengerusi BDA, bersama Bryan Wong, Pengarah Projek dan Pembangunan Perniagaan Loob Holding Sdn Bhd, memotong reben  bagi merasmikan pelancaran cawangan pandu lalu pertama Bask Bear di Malaysia Timur.
Datuk Haidar Khan Asghar Khan (kiri), Timbalan Pengerusi BDA, bersama Bryan Wong, Pengarah Projek dan Pembangunan Perniagaan Loob Holding Sdn Bhd, memotong reben bagi merasmikan pelancaran cawangan pandu lalu pertama Bask Bear di Malaysia Timur.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Bryan Loo, berkata Bask Bear memilih lokasi ini kerana ia pusat beli-belah paling terkenal di Bintulu dan yang terbesar di Sarawak serta terkenal dengan laluan pejalan kaki berbumbung terpanjang di Sarawak.

Dalam ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak atas sokongan yang diberikan, beliau berkata Bask Bear mengutamakan keselesaan, justeru pelaburan tambahan dilakukan bagi menjadikan cawangan itu berkonsep pandu lalu.

Sempena pelancaran itu, kaunter pandu lalu Bask Bear pandu di Bintulu Paragon menawarkan tawaran beli 1 percuma 1 bermula 18-22 April, dari jam 11 pagi ke 2 petang, dan 5 petang ke 8 malam.

Perancangan mengembangkan jenama Bask Bear, tambahnya, akan terus didorong oleh keazaman Bask Bear yang sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan dan strategi digitalnya, seperti Aplikasi Bask Bear yang dilancarkan pada Disember tahun lepas.

“Aplikasi Bask Bear kami menawarkan perkhidmatan ‘pick up’ dan servis penghantaran, serta dilengkapi dengan program keahlian yang membolehkan pelanggan memperoleh mata ganjaran bagi setiap pembelian mereka, sama ada membuat pesanan di kedai secara ‘walk in’ atau melalui aplikasi.

“Untuk mengalu-alukan pengguna baharu aplikasi ini, kami memberikan DISKAUN 40 peratus bagi perbelanjaan minimum RM25 untuk pembelian pertama mereka,” kongsi Loo.

Datuk Haidar Khan Asghar Khan (4 dari kiri), Timbalan Pengerusi BDA, dan Bryan Wong (3 dari kiri), Pengarah Projek dan Pembangunan Perniagaan Loob Holding Sdn Bhd, bersama-sama BDA dan Pasukan Bask Bear semasa pelancaran cawangan pandu lalu Malaysia Timur pertama Bask Bear di NAIM Street Mall, Bintulu Paragon.
Datuk Haidar Khan Asghar Khan (4 dari kiri), Timbalan Pengerusi BDA, dan Bryan Wong (3 dari kiri), Pengarah Projek dan Pembangunan Perniagaan Loob Holding Sdn Bhd, bersama-sama BDA dan Pasukan Bask Bear semasa pelancaran cawangan pandu lalu Malaysia Timur pertama Bask Bear di NAIM Street Mall, Bintulu Paragon.

Faedah utama untuk ahli Bask Bear termasuk dua mata ganjaran bagi setiap ringgit yang dibelanjakan, minuman percuma pada hari jadi dan tawaran eksklusif yang lain.

Dengan penekanan berterusan terhadap keselesaan pelanggan, Loo berkata, Bask Bear merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di Malaysia Timur selain 13 cawangan sedia ada, iaitu lima di Sarawak termasuk pandu lalu Bask Bear di Bintulu Paragon, dan lapan di Sabah.

Loo berkata, bekalan Gula Aren® eksklusif dengan pembekalnya di Borneo bukan sahaja memberikan pendapatan yang lebih konsisten kepada petani malah menyediakan pilihan yang lebih sihat dengan indeks glisemik yang lebih rendah berbanding gula perang atau madu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir meraikan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di NAIM Street Mall, di mana pandu lalu Bask Bear, Bintulu Paragon dilancarkan pada hari yang sama.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir meraikan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di NAIM Street Mall, di mana pandu lalu Bask Bear, Bintulu Paragon dilancarkan pada hari yang sama.

Bask Bear ialah jenama kopi pertama yang menggunakan Gula Aren® Borneo, yang sangat digemari kerana kemanisannya dan rasa karamel yang lazat.

Jenama itu juga memperjuangkan agenda pemuliharaan beruang madu, setelah mengambil anak beruang madu bernama Tenom sebagai haiwan angkat di Sabah pada tahun lalu.

Ia turut melancarkan kempen kesedaran untuk menggalakkan pelanggannya menyumbang kepada Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) di Sandakan, Sabah bagi memulih lebih banyak beruang madu yang ditangkap dan mengembalikan ke habitat hutan mereka. – Getaran, 21 April 2024

Foto : Bask Bear

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN