web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 4:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.

Malah keenakan resepi yang dikekalkan semenjak 50 tahun itu menjadikan ia antara pilihan utama masyarakat di daerah ini.

Tukang masak bubur berkenaan, Mohd Khalid Mohd Ali, 80, berkata, tiada bezanya bahan-bahan yang diletakkan berbanding bubur lambuk biasa, cuma bubur itu diletakkan bahagian tetel (daging lembut) dengan jumlah yang agak banyak. 

Katanya, bubur lambuk yang enak perlulah mempunyai bahan tambahan mencukupi yang berperanan sebagai lauk atau penyedap rasa dan bukannya bubur nasi semata-mata atau mengandungi bahan sampingan yang sedikit.

"Resepi bubur lambuk di sini merupakan turun-temurun bermula tahun 1970-an lagi ketika agihan dimulakan, ia tidak pernah berubah walaupun telah memasuki generasi keempat tukang masaknya, selain ilmu memasaknya telah diperturunkan kepada tujuh tukang masak sehingga kini.

"Sebenarnya, aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk tetel ini telah dimulakan semenjak tahun 1926 ketika masjid dibuka, namun agihannya adalah hanya untuk kariah setempat sahaja," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Jelas Mohd Khalid lagi, selain diletakkan tetel, bubur lambuk itu turut menggunakan pelbagai jenis rempah tradisional terdiri daripada herba dan ramuan asli yang dimasak bersama. 

Sementara itu, Mohd Farek Md Tap, 49, yang merupakan tukang masak bubur lambuk tersebut generasi terkini berkata, dia tetap akan meneruskan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur berkenaan agar tradisi tersebut tidak pupus selain mengharapkan adanya golongan pelapis untuk mewarisinya.

Katanya, beberapa pembaharuan telah dilakukan dalam menggerakkan aktiviti itu termasuk mendapatkan kerjasama beberapa pihak seperti agensi kerajaan, badan korporat, bank dan Umno Bahagian Batu Pahat, sekali gus jawatankuasa masjid tidak lagi melakukan sendirian.

"Setelah beberapa hari agihan bubur lambuk semenjak 1 Ramadan lepas, kita memasak sehingga tiga periuk dengan anggaran 20 kilogram beras dan hampir tiga kilogram tetel setiap hari.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, agihan bubur lambuk ini akan dilaksanakan selama sebulan dan insya-Allah, kita akan meneruskannya setiap tahun," katanya sambil menambah agihan berkenaan hanya terhenti pada 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 ketika itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN