Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketahui Pandangan Pakar Diet Mengenai Pengambilan Kurma Dan Mentega

Kurma dan mentega sebaiknya diambil dalam kuantiti yang berpatutan atau cukup sekadar mengambil satu atau dua biji sehari ketika bersahur serta berbuka

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 8:34AM

gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan kali ini menyaksikan hidangan kurma dan mentega (bukan marjerin) tular di media sosial selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi hantaran di aplikasi X mengenai kedua-dua makanan itu.  

“Kurma dan mentega? Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa.”

“Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata, Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah),” tulis beliau. 

Susulan itu, ramai warga siber yang berkongsi keenakan rasa kurma dan mentega selepas mereka mencubanya sejak bulan Ramadan bermula Selasa lalu. Rata-rata menggemarinya, malah ramai juga yang menjamah hidangan ini ketika bersahur. 

Biarpun begitu, adat di dunia maya, setiap perkongsian pasti mengundang pelbagai reaksi. Ada yang tidak teragak-agak untuk mencuba, ada juga yang tidak yakin kerana bimbang ia boleh mengundang masalah kesihatan. Ini kerana, kedua-dua makanan itu mempunyai kalori yang tinggi. 

Sehubungan itu, Getaran mendapatkan pandangan pakar mengenai pengambilan kurma dan mentega sepanjang bulan puasa. Bukan mahu menyangkal perkongsian daripada seorang ulama, tetapi untuk meningkatkan  kefahaman orang ramai. Sementelah, Dr Zulkifli sendiri turut mengingatkan orang ramai supaya bersederhana dalam pemakanan.

Berikut adalah soal jawab dengan Pakar Diet, Hospital Columbia Asia Tebrau, Nurul Najwa Mohd Noor.

Apakah Kelebihan, Khasiat Yang Boleh Dikaitkan Dengan Kurma Dan Mentega? 

Kurma dan mentega dapat membantu memberi tenaga kepada bagi individu yang berpuasa. Kurma tersendiri mempunyai banyak khasiat kerana ia tinggi dengan nutrisi, serat diet yang tinggi, tinggi antioksidan dan juga pemanis semula jadi. 

Apabila kurma digandingkan dengan mentega, ia memperoleh kalori tambahan daripada mentega, sekali gus tenaga tambahan daripada kandungan lemak dalam mentega.

Pakar Diet, Hospital Columbia Asia Tebrau, Nurul Najwa Mohd Noor.
Pakar Diet, Hospital Columbia Asia Tebrau, Nurul Najwa Mohd Noor.

Adakah Terdapat Risiko Kesihatan Yang Perlu Diambil Kira Jika Mengamalkan Trend Memakan Kurma Dan Mentega? Jika Ada, Apakah Risiko Kesihatan Tersebut? 

Ya, terdapat risiko kesihatan yang perlu diambil kira apabila mengamalkan trend makan kurma dan mentega. Mentega diperbuat menggunakan produk tenusu (susu) yang mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. 

Sekiranya kurma dan mentega diambil secara berlebihan, seorang individu berisiko untuk mendapat masalah kolesterol. Pengambilan lemak tepu yang tinggi akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL kolesterol) dalam darah.

Dari Segi Pemakanan, Adakah Terdapat Golongan Yang Tidak Disarankan Untuk Mengambil Hidangan Ini? Apakah Sebabnya?

Golongan berisiko tinggi seperti pesakit jantung dan memiliki masalah kolesterol tidak disarankan untuk mengambil hidangan ini. 

Ia kerana pengambilan lemak tepu dari mentega yang berlebihan akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL kolesterol) dalam darah dan menyebabkan lemak tersebut termendap pada dinding saluran darah lalu menyumbat salur darah tersebut. Paras kolesterol jahat yang tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Siapa Yang Boleh Mendapat Manfaat Daripada Hidangan Ini?

Hidangan kurma dan mentega sesuai untuk individu yang memerlukan tenaga yang tinggi seperti ibu mengandung atau menyusu dan juga kanak- kanak. Golongan ini memerlukan kalori yang mencukupi ketika berpuasa untuk kekal bertenaga dalam melakukan aktiviti harian sehingga waktu berbuka puasa.

Adakah Penekanan Tertentu Yang Perlu Diberi Pada Kekerapan Pengambilan Makanan Ini? 

Kurma dan mentega sebaiknya diambil dalam kuantiti yang berpatutan. Cukup sekadar mengambil satu atau dua biji sehari ketika bersahur atau berbuka. 

Walaupun kurma dan mentega mempunyai khasiat yang tinggi, namun sangat tidak digalakkan untuk diambil terlalu kerap.

Bagaimana Pula Dengan Pengaruh Kombinasi Ini Terhadap Pengurangan Berat Badan Atau Memiliki Berat Badan Yang Sihat?

Kombinasi kurma dan mentega tidak sesuai bagi individu yang berhasrat untuk menurunkan atau memiliki berat badan yang sihat. Hal ini kerana mentega memberi kalori tambahan dan ia akan mempengaruhi pengambilan kalori seharian. 

Lebih baik kurma diambil begitu sahaja tanpa tambahan mentega. Selain itu, jenis, jumlah dan kualiti makanan yang diambil semasa bersahur, berbuka dan moreh akan mempengaruhi berat badan seseorang individu.

Adakah Anda Mempunyai Nasihat Yang Ingin Disampaikan Berkenaan Pengambilan Kurma Dan Mentega?

Sekiranya teringin untuk mengambil kurma dan mentega, ambil dalam kuantiti yang sedikit dan berpatutan. Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit buah pinggang dan masalah kesihatan yang lain perlu dapatkan nasihat doktor dan pakar diet terlebih dahulu. 

Kurma dan mentega tidak perlu dijadikan tabiat. Mengambil kurma begitu sahaja lebih baik daripada mengambil kurma mentega. Seterusnya, makanan yang berkhasiat jika digandingkan dengan juadah berbuka atau sahur yang tidak seimbang akan mempengaruhi kualiti pemakanan secara keseluruhan. - 16 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Pantau Kurma Israel - Armizan

2

Selera 1 tahun yang lalu

Musim 'Rotab' Tiba Awal, Jemaah Haji Berpeluang Nikmati Kurma Ranum, Segar

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

5 Kebaikan Buah Kurma

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Makanan Sunah Selain Kurma Untuk Tenaga Sepanjang Ramadan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Gaya 20 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN