web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Food Network Janjikan Pengalaman Gastronomi Memikat Selera

Lokasi selera yang baru dilancarkan di Summit USJ, pada Sabtu, 24 Februari ini menjanjikan pelbagai jenis menu pada harga yang tidak membebankan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 5:05PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik kepada warga Subang Jaya dan kawasan berhampiran. Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk menjamu selera berdekatan kawasan kediaman. 

Pusat beli-belah Summit USJ pada Sabtu telah melancarkan Food Network, syurga kulinari yang mempersembahkan barisan vendor makanan dan minuman yang memikat selera.

Terletak di pintu masuk utama, Summit USJ, Food Network tampil dengan dekorasi serba moden dengan warna-warna ceria bagi menyuntik suasana lebih ceria dan meriah.

Jika diperhatikan, pihak pengurusan Food Network sangat selektif ketika membuat pemilihan vendor. Ini kerana ia turut terdiri daripada nama-nama yang sudah popular dan punya peminat sendiri.

Antara menu lazat yang menanti pengunjung di sini ialah Mee Sotong Haji Tamin, Nasi Ayam Makchik, Mee Tarik Lan Zhou, Makan Tokyo, dan Cik Cha Nasi Lemak.

Selain itu, ada banyak lagi hidangan yang tersedia seperti hidangan Thai, makanan Indonesia, minuman dan pemanis mulut. Tidak ketinggalan Restoran Kampung Lah yang juga dibawakan oleh Food Network.

Restoran ini menyajikan sajian makanan Melayu yang bukan sahaja pelbagai, tetapi mengekalkan keaslian rasanya.

Masak Lomak Nogori Daging Salai, Masak Lomak Nogori Siput Sedut, sambal sotong, rendang ayam, lemang, terung belado, dan sambal udang adalah menu yang mesti anda pesan.

Pendek kata, Food Network adalah perhentian makanan yang mampu memenuhi kehendak selera pelbagai golongan dan peringkat usia. Daripada hidangan asli Malaysia sehinggalah ke menu popular antarabangsa.

Tentang harga, tidak perlu bimbang kerana setiap hidangan yang dijual di sini boleh dikategori tidak membebankan dan sesuai dengan lokasinya yang terletak di dalam pusat beli-belah, di kejiranan Subang Jaya.

Ketika ini ada beberapa promosi yang boleh anda nikmati sempena meraikan pembukaannya. Contohnya, Kari Daging Wagyu A5 di gerai Makan Tokyo dijual pada harga RM25 sahaja.

Jadi tunggu apa lagi, bawalah keluarga atau ajaklah teman-teman untuk menjamu selera di sini. Percayalah, pengembaraan gastronomi di sini tidak akan mengecewakan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Food Network di pintu masuk tingkat bawah Summit USJ. – Getaran, 25 Februari 2024

Foto : Rahayu MN

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia