Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sambal Toasties, Sambal Nasi Lemak Kegemaran Ramai Kini Di Bask Bear

Toasties yang boleh dinikmati pada setiap masa ini menjanjikan patti ayam dan daging berjus.

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jan 2024 8:37AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peneraju minuman kopi inovatif Malaysia, Bask Bear, memperkenalkan menu terbaharu Sambal Toasties dengan menampilkan sambal nasi lemak keluaran Village Park Nasi Lemak, bagi meraikan kedatangan tahun baharu 2024.

Hidangan yang terhasil menerusi kerjasama dua jenama popular itu sudah mula dijual dan ia menawarkan beberapa pilihan iaitu Sambal Daging (RM14.90), Sambal Crispy Chicken (RM14.90), Sambal Hashbrown dan Telur (RM12.90).

Sebagai jenama peneraju yang menghidangkan Toasties Korea Halal, rangkaian terbaharu ini diharap dapat menawan selera masyarakat Malaysia yang sememangnya terkenal sebagai pencinta makanan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata pihaknya ingin menambah keceriaan pada tahun baharu dengan menyajikan keunikan sambal nasi lemak Malaysia yang terkenal dalam hidangan roti bakar keluaran Bask Bear.

“Kolaborasi bersama Village Park ini dilihat sangat tepat kerana kelazatan sambal nasi lemak mereka sukar disangkal dan ia menjadi kegemaran ramai,” katanya pada pelancaran menu terbaharu Sambal Toasties.

Majlis pelancaran pada Rabu lalu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo; Pengasas Village Park Nasi Lemak, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah serta isterinya, Datin Seri Aishah Chong, selaku Pengasas Bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (dari kiri), Pengasas Bersama Village Park Nasi Lemak, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah dan Datin Seri Aishah Chong, dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo pada majlis pelancaran baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (dari kiri), Pengasas Bersama Village Park Nasi Lemak, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah dan Datin Seri Aishah Chong, dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo pada majlis pelancaran baru-baru ini.

Beliau berkata, memandangkan rasa pedas kini semakin popular dalam pelbagai hidangan, termasuk makanan ringan, ia memberi keyakinan bahawa Bask Bear Sambal Toasties akan mendapat sambutan yang baik pada 2024.

"Terinspirasi daripada masakan Malaysia yang pedas, kami menyedari bahawa rasa pedas bukan sekadar ikutan atau ‘trend’ semata-mata, tetapi adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia.

"Kami berinovasi dengan menggabungkan rasa pedas kegemaran ramai dalam roti bakar kami dan menghasilkan Village Park Sambal Toasties dengan kerjasama Grab Signatures. Menu baharu ini dijangka mampu memikat selera rakyat Malaysia," katanya.

Tambah Loo lagi, kerjasama terbaharu yang menggunakan sambal Village Park adalah sejajar dengan strategi Bask Bear dalam menyajikan rasa asli melalui gabungan cita rasa tradisional dalam Toasties Bask Bear.

“Tiada roti bakar lain di pasaran yang menggabungkan cita rasa asli Malaysia sebagaimana yang kami tawarkan.

“Kami bangga menjadi yang pertama di Malaysia membawakan pengalaman unik ini,” katanya selain mendedahkan proses penghasilkan menu itu juga melibatkan ujian rasa di peringkat dalaman serta pelanggan terpilih.

Sambal Toasties baharu boleh didapati di semua cawangan Bask Bear secara pembelian terus di kedai (‘walk-in’), atau melalui perkhidmatan penghantaran sehingga 31 Januari 2024, kecuali di cawangan 1Utama dan Pavilion Elite.

Pada majlis yang sama, Loo turut memperkenalkan Aplikasi Bask Bear baharu yang membolehkan pelanggan membuat pesanan dengan lebih lancar dan mudah.

Aplikasi yang dilancarkan pada 20 Disember lalu itu menyediakan perkhidmatan ‘pick up’ dan servis penghantaran, serta dilengkapi dengan program keahlian yang membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian, sama ada melalui kaunter atau menerusi aplikasi.

“Bagi menyambut dan meraikan pengguna baharu aplikasi ini, mereka akan menikmati diskaun 40 peratus dengan pembelian minimum RM25 bagi transaksi pertama mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang dan muat turun aplikasi sekarang,” katanya. – Getaran, 6 Januari 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN