web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasi Kandaq Festival: Sepinggan Nasi Menjalin Perpaduan

Nasi Kandar Festival menyatukan rakyat di Malaysia apabila ia dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum, semuanya demi sepinggan nasi kandar!

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 7:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kali, pengusaha nasi kandar dihimpunkan untuk satu pengalaman luar biasa, dengan menawarkan pelbagai jenis menu  yang pasti mengecurkan air liur. 

Nasi Kandaq Festival, anjuran FriedChillies dengan kolaborasi bersama Sunway Putra Mall berjaya mengumpulkan 10 jenis nasi kandar ‘legend’ di ibu negara minggu lepas.

Suasana pengunjung beratur di perkarangan Sunway Putra Mall untuk mendapatkan nasi kandar
Suasana pengunjung beratur di perkarangan Sunway Putra Mall untuk mendapatkan nasi kandar

Penulis berpeluang merasai sendiri kemeriahan program dua hari ini.

Dari jauh lagi sudah kelihatan barisan pengunjung yang gigih beratur di luar pintu masuk Sunway Putra Mall untuk mendapatkan ‘bekalan’ nasi kandar masing-masing.

Apalah ertinya nasi kandar tanpa kari? Ya, dari jauh lagi pengunjung sudah ‘dihidangkan’ dengan aroma kari yang cukup memikat, bikin perut yang sedia lapar semakin berkeroncong!

Kemeriahannya sungguh luar biasa, malah ada yang sanggup beratur sehingga ke kaki lima jalan.

Sungguhpun pengunjung tidak putus-putus hadir, suasana di pekarangan pusat beli belah itu begitu terkawal dengan bantuan anggota keselamatan. Orang ramai juga menanti dengan penuh sabar walaupun jelas kelihatan mereka sedang menahan lapar.

Bagi penulis, nasi kandar adalah antara menu yang menyatukan rakyat di Malaysia kerana juadah ini menjadi kegemaran pelbagai bangsa. 

Nasi kandar juga boleh dinikmati tidak kira masa, walaupun sebagai sarapan dan hidangan larut malam. Tidak hairanlah festival berkenaan sudah dibanjiri pengunjung seawal jam 11 pagi!

Pada festival itu, pengunjung yang sudah menerima pesanan masing-masing boleh menikmati hidangan mereka di ruang khas disediakan, sambil menikmati pelbagai acara lain.

Keluasan tapak tersebut agak kecil namun ia mampu menyediakan ruang makan yang banyak. Ini kerana mereka menyediakan tempat makan berkonsepkan atas meja atau cara bersila di atas lantai. Pendek kata, memang sempoi!

Apabila berbicara mengenai nasi kandar, pastilah yang terbayang di kepala ialah sepinggan nasi yang dicampur pelbagai jenis kuah. Dilengkapi dengan lauk seperti ayam goreng, daging masak hitam atau kari kambing, memang ia menjadi kegilaan penggemar.

Setiap hidangan pula wajib ditambah sayur, sama ada kobis yang sudah digoreng, bendi rebus atau cili hijau mentah, barulah surrrr! Ada juga pengusaha menawarkan variasi lauk lebih mewah seperti kari kepala ikan jenahak, sotong ‘buncit’, udang bersaiz besar dan lamb shank.

Salah seorang mamu di Nasi Kandaq Festival sedang mengandar peralatan tradisional yang membawa nasi kandar suatu ketika dahulu.
Salah seorang mamu di Nasi Kandaq Festival sedang mengandar peralatan tradisional yang membawa nasi kandar suatu ketika dahulu.

Acara ini turut mempamerkan beberapa peralatan tradisional yang digunakan untuk menjual nasi kandar pada zaman dahulu, seperti alat mengandar untuk membawa dua buah periuk di dalam bakul rotan dan digalas dengan batang kayu. Rata-rata pengunjung pasti bergambar bersama alatan tersebut dan mereka agak teruja melihat barangan serta kaedah yang sudah pupus itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal
Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal berkata, peminat nasi kandar tahu sesebuah rahsia kelazatan nasi kandar terletak pada kemahiran penjual mencampurkan semua jenis kuah.  

“Seorang peminat nasi kandar tegar tahu, sepinggan nasi kandar yang sempurna bukan hanya tertakluk pada kombinasi kari tetapi juga kemahiran seorang joki kari,” katanya.

Antara restoran nasi kandar yang terlibat dalam acara ini adalah Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro, Hameediyah Restaurant, Restoran Kudu Bin Abdul, Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru, Sadam Nasi Kandar, Nasi Kandaq Talam Johor Bahru dan beberapa lagi.

Penulis sebagai penggemar tegar nasi kandar, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain berharap agar Nasi Kandar Festival ini kekal menjadi acara tahunan dengan dengan mengekalkan konsep penjualan nasi kandar di pusat beli belah. - Getaran, 2 Oktober 2023

Sumber Foto: IG friedchillies

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia