Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rasa Rindu Dorong Suami, Isteri Hasilkan Kek Lapis Cita Rasa Semenanjung

Selera Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 12:32PM

Kek lapis di bawah jenama 'Rasa Lapis' hasil air tangan Siti Nordiana semakin dikenali ramai, yang bermula daripada rasa rindu dan hasrat mahu lebih ramai rakyat Malaysia merasai keenakan sajian yang amat terkenal di Sarawak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pulang ke Semenanjung pada 2019 selepas 11 tahun berkhidmat di Bumi Kenyalang membuatkan Mohd Fauiza Mat Rifin, seorang anggota pasukan keselamatan sentiasa 'rindu' dengan keenakan rasa kek lapis Sarawak.

Anak kelahiran Kampung Jalan Atas Paloh, Kota Bharu berusia 37 tahun itu lantas memberi idea kepada isterinya, Siti Nordiana Daud, 32, yang berasal dari Samariang, Kuching untuk memulakan perniagaan kek lapis secara kecil-kecilan dari kuarters kediaman mereka di Pengkalan Chepa.

Lima tahun berselang, jauh di seberang Laut China Selatan, kek lapis di bawah jenama 'Rasa Lapis' hasil air tangan Siti Nordiana semakin dikenali ramai, kisah kejayaan yang bermula daripada rasa rindu dan hasrat mahu lebih ramai rakyat Malaysia merasai keenakan sajian yang amat terkenal di Sarawak.

'Rasa Lapis' menawarkan 29 jenis kek lapis bagi memenuhi permintaan penggemarnya. gambar BERNAMA
'Rasa Lapis' menawarkan 29 jenis kek lapis bagi memenuhi permintaan penggemarnya. gambar BERNAMA

"Kami memulakan perniagaan ini pada 2019 dengan modal RM300 yang dipinjam daripada ibu saya. Lebih mudah isteri juga memiliki kemahiran kerana pernah membantu ibu saudaranya membuat kek lapis di Kuching.

"Pada mulanya kami hanya buat dan jual, pesanan pula diterima daripada rakan sekerja saya dan isteri, selain pada Jumaat dan Sabtu kami buka khemah jualan berhampiran sebuah pasar raya di Lembah Sireh," kata Mohd Fauiza yang ditemui Bernama di premisnya di Jalan Atas Banggol, di sini baru-baru ini.

'Sik lelah' (tidak penat) dengan kerja-kerja melapis kek yang mengambil tempoh agak lama, pasangan suami isteri itu berjaya mengembangkan perniagaan mereka hingga mampu menyewa sebuah premis yang lebih besar di Jalan Atas Banggol pada 2020 untuk memajukan perusahaan itu.

Antara jenis kek lapis Sarawak yang dijual di premisnya di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu. gambar BERNAMA
Antara jenis kek lapis Sarawak yang dijual di premisnya di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu. gambar BERNAMA

Bercerita lanjut, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana berkata niat awal yang mahu membawa budaya menghidangkan kek lapis pada musim perayaan sama seperti di Sarawak membuahkan hasil apabila diterima ramai, malah permintaan juga semakin menggalakkan.

"Pada permulaan perniagaan, saya hasilkan kira-kira 20 jenis kek lapis dan ketika ini jumlah sudah meningkat kepada 29 jenis. Antara yang dijual adalah kek lapis masam manis, lumut, belacan dan tembikai.

"Setiap hari saya dibantu dua pekerja dan mampu hasilkan lapan loyang kek lapis yang setiap satu memerlukan kira-kira dua jam untuk disiapkan. Setiap loyang mampu menghasilkan kira-kira 10 buku kek yang dijual pada harga antara RM15 hingga RM20 setiap satu," katanya.

Menurut Nana, penerimaan dan permintaan daripada pelanggan terhadap kek lapisnya sangat baik hasil jualan menerusi platform e-dagang, media sosial dan kedai, malah mereka kini turut mempunyai lebih 40 ejen di seluruh Semenanjung.

"Rata-rata ejen bersyukur kerana mereka dapat stok kek lapis dari Semenanjung, tak perlu tunggu atau tempah dari Sarawak lagi. 

 Kek lapis dibungkus rapi sebelum dijual kepada orang ramai. gambar BERNAMA
Kek lapis dibungkus rapi sebelum dijual kepada orang ramai. gambar BERNAMA

"Paling penting biarpun dihasilkan di sini, resipinya asli dari Sarawak dan orang yang molahnya (buatnya) pun anak Sarawak, rasa bangga dapat perkenalkan kek lapis kepada warga Semenanjung," katanya.

Bagi Mohd Fauiza beliau mengakui pada awalnya mereka turut berdepan beberapa rintangan seperti rasa kek lapis yang kurang sesuai dengan 'tekak' pembeli di Kelantan.

"Kami ambil pandangan pembeli, kami ubah ikut kesesuaian sebagai contoh ikut selera orang Kelantan, mereka kata kek lapis yang dijual sebelum itu kurang manis," katanya.

Melihat kepada kejayaan jualan kek lapis, Mohd Fauiza kini turut memperkenalkan beberapa produk Sarawak seperti gula apong, corned beef, pes laksa Sarawak, sambal laksa Sarawak dan mi kolok kering kepada pelanggan mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Harga Naik Mendadak, Pengusaha Kek Lapis Sarawak Bincang Dengan Pembekal

2

Politik 2 tahun yang lalu

BERSATU Semakin ‘Bergolak’, Naib Ketua ARMADA, 7 AJK Pengkalan Chepa Letak Jawatan

3

Selera 2 tahun yang lalu

3 Sekawan Cipta 15 Variasi Pisang Goreng Raih Pulangan Lumayan

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 24 minit yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN