Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


PKP: Kuih Punten Buka Pintu Rezeki, Ubah Nasib Suri Rumah

Berawal dengan belajar menerusi YouTube, kini Aida Farkhanah membuka gerai kuih punten di hadapan rumah keluarga bersama suaminya demi kelangsungan hidup.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 9:11AM

Gambar: fotoBernama/Abdullah Mohd. Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minat untuk mempelajari juadah tradisi Jawa membuahkan hasil apabila seorang suri rumah berjaya mengubah nasib dan membantu keluarga dengan menjual kuih punten yang dipelajarinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas.

Bermula dengan hanya berniaga secara dalam talian di rumah, Aida Farkhanah Mazlan, 24, kini mengusahakan gerainya sendiri dibantu suaminya Firdaus Sulaiman, 29, di hadapan rumah keluarganya untuk meneruskan kehidupan mereka dalam mencari pendapatan dan kelangsungan hidup.

Ibu kepada seorang anak itu berkata beliau mula mempelajari kaedah menghasilkan kuih tersebut menerusi YouTube yang kemudiannya menjadi antara juadah unik di gerainya di Kampung Sri Kinta yang turut menjual pisang goreng, kuih-muih dan keropok lekor selain kuih punten tersebut.

Aida berkata punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa Sabak Bernam, Selangor yang hampir sama seperti nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu cuma ia lebih berlemak kerana dicampur santan dan garam untuk menambah keenakannya.

Gambar: fotoBernama/Abdullah Mohd. Yusof
Gambar: fotoBernama/Abdullah Mohd. Yusof

“Puten ini memang mengikut selera Jawa yang sinonim dengan masakan pedas. Jadi memang banyak pelanggan berketurunan Jawa suka membeli di kedai kami namun ada juga yang pertama kali mengetahui tentang kewujudan kuih ini.

”Saya jual kuih ini sebab ia unik jika hendak dibandingkan dengan kuih-kuih lain. Kalau hendak diikutkan, kebiasaannya apabila menyebut masakan Jawa, pasti akan terfikir nasi ambeng dan lontong sahaja. Oleh itu, kami cuba buat kelainan sedikit,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Aida, tekstur punten yang lembut seperti nasi impit yang dihidang bersama sambal hijau mampu menggamit selera peminat juadah pedas dan membawa kelainan kepada menu petang seisi keluarga.

Menceritakan tentang cara pembuatan kuih puten itu, Aida berkata ia mengambil masa kira-kira 45 minit menggunakan nasi yang dicampur dengan santan sebagai bahan utamanya.

“Nasi yang sudah dimasak akan dicampur bersama santan dan dilenyekkan untuk dijadikan bentuk seperti bujur. Kemudian bahan tersebut akan ditanak menggunakan ketuhar nasi. Bagi tiga tanak nasi bakal menghasilkan kira-kira 40 biji kuih puten.

“Sambal hijau pula hanya menggunakan bahan-bahan seperti cili api dan bawang yang dikisar. Cili boleh ditambah mengikut tahap kepedasan yang diingini,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya kuih punten ini kurang mendapat sambutan namun selepas lebih setahun bertapak, ia semakin mendapat permintaan dan meniti di bibir pelbagai kelompok masyarakat bukan sahaja dari penduduk Ipoh, malah dari Sabak Bernam, Selangor yang sanggup datang merasai keistimewaannya.

Aida menambah kuih puten yang dijual dengan harga serendah RM4 untuk enam ketul itu boleh habis dijual sehingga 40 ketul dalam masa sehari dan permintaan masih berterusan meskipun dengan penularan wabak COVID-19.

Beliau berharap di sebalik peredaran masa dan teknologi, kuih punten masih mendapat sambutan daripada generasi muda serta tidak lapuk ditelan zaman. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 9 bulan yang lalu

Lemang Power Tong Dram Tambat Hati Pelanggan

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Tradisi Kejut Sahur Unik Di Flat Taman Setia Balakong

3

TARA 1 tahun yang lalu

Festival Permainan Malaysia Suburkan Semangat Hidup Bermasyarakat - Nancy

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Menyulam Benang, Legasi Tenun Gemilang 

Sorotan

1

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

2

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

3

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

4

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

5

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN