Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menyulam Benang, Legasi Tenun Gemilang 

Hayati dan beli koleksi eksklusif TENUN di Collabstore, Shoppes at Four Seasons.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 12:00PM

Gambar oleh Nooreeza Hashim

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan Asia Tenggara merupakan lubuk khazanah untuk fabrik tenunan tangan. 

Setiap negara di rantau ini memiliki tradisi tenunan yang diwarisi secara turun-temurun dengan pelbagai teknik dan bahan yang berbeza-beza. Kemahiran menenun kain tenun ini memerlukan bakat, ketepatan dan ketekunan untuk dihasilkan. 

Walaupun keindahan seni kain tenun ini semakin dirai, namun para penenun mendapati semakin sukar untuk mengekalkan warisan budaya ini kerana terpaksa bersaing dengan kilang-kilang fabrik komersial yang lebih murah dan pantas.

TENUN, seperti namanya ialah satu pameran dan gerakan seni yang menumpukan fokus sepenuhnya kepada tekstil tenunan tangan di rantau ini. Ia bertujuan untuk menyerlahkan lagi tradisi ini dan mengembangkan potensi seninya.

Pameran ini menampilkan koleksi tenun terpilihnya dari tujuh negara Asia Tenggara di Shoppes at Four Seasons Place. Terdapat juga demonstrasi menenun kain tenun secara langsung oleh penenun tradisional dan bengkel tenunan.

TENUN turut mengumpulkan komuniti tenunan dari seluruh Asia Tenggara. Ramai antara mereka merupakan golongan wanita luar bandar yang memerlukan sokongan dan galakan bagi meneruskan kemahiran dan legasi tidak ternilai ini.

Secara amnya, mereka kekurangan sumber asas serta akses kepada pasaran. TENUN berhasrat untuk membantu mereka dari segi kesenian dan kemahiran supaya boleh meningkatkan lagi kebolehpasaran hasil tenunan dan kemampanan cara kehidupan mereka.

Pada 16 dan 17 Oktober tahun lalu, Minggu Fesyen TENUN buat julung kalinya diadakan dalam talian. Kira-kira 45 komuniti penenun dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam dan Filipina menyertai minggu fesyen ini.

Ia mempamerkan pelbagai jenis kain tenun tradisional dari negara-negara Asia Tenggara seperti ikat, tenunan tambahan, tenunan benang yang merangkumi kain kapas, sutera, rami, abaka, pina dan doyo. 

Pertunjukan fesyennya pula diadakan pada 3 Disember 2021 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Sarawak, Malaysia.

Semua koleksi tenun yang dipamerkan pada tahun ini boleh dibeli di Collabstore, Shoppes at Four Seasons Place sehingga Ogos 2022. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 8 bulan yang lalu

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' Terap Semangat Perpaduan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

3

Selera 9 bulan yang lalu

Lemang Power Tong Dram Tambat Hati Pelanggan

4

TARA 10 bulan yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini