web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3,600 Akok Dihasilkan Sepanjang Ramadan Guna Pembakar Kek Cawan

Akok jagung mendapat permintaan paling tinggi malah dia tidak menyangka idea olahan perisa baharu terhadap kuih tradisional itu mendapat tempat di hati pelanggan yang mencubanya.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 8:21AM

Kuih akok berperisa jagung yang dijual Nur Aima Nadia Arifin, 31, ketika ditemui pemberita di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Belakang Bomba - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Memasuki hari ke-12 bulan Ramadan, seorang suri rumah Nur Aima Nadia Arifin, 31, dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini, sudah berjaya menjual 3,600 biji kuih akok berperisa jagung, biasa dan pandan.

Apa yang lebih menarik, Nur Aima Nadia bertindak kreatif apabila menggunakan pembakar kek cawan  untuk membakar pemanis mulut yang terkenal di pantai timur itu, berbanding kaedah tradisional menggunakan dapur arang.

Malah Nur Aima Nadia yang sudah enam tahun menjual akok berkata rata-rata pelanggan juga berpuas hati dengan rasa akok tersebut yang tidak berbeza dengan akok yang dihasilkan secara membakar.

“Saya tidak dapat membakar menggunakan dapur arang disebabkan ruang rumah yang sempit dan tinggal di rumah flat, jadi menggunakan pembakar jenis ini sangat mudah kerana pada masa yang sama ia dijadikan bekas acuan juga.

“Biasanya saya akan menghabiskan lebih empat jam untuk proses membuat adunan, membakar dan memasukkan akok ke dalam pek individu untuk dihantar ke gerai-gerai ataupun menghantarnya kepada pelanggan mengikut permintaan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di PPR Belakang Bomba di sini. 

Bercerita lanjut, Nur Aima Nadia berkata akok jagung mendapat permintaan paling tinggi malah dia tidak menyangka idea olahan perisa baharu terhadap kuih tradisional itu mendapat tempat di hati pelanggan yang mencubanya. 

“Akok jagung air tangan saya sudah tidak asing lagi bagi pelanggan lama, jadi setiap kali menjelang Ramadan mereka akan selalu mengingatkan saya untuk membuat akok jenis ini dan tidak hanya memfokuskan pada akok biasa dan pandan sahaja. 

“Ketulan isi jagung yang sebenar juga dimasukkan ke dalam akok ini untuk memberikan rasa jagung original kepada pelanggan yang membeli,” katanya. 

Menurut Nur Aima Nadia dia konsisten menghasilkan 300 biji akok pelbagai perisa ini setiap hari semenjak hari pertama puasa lalu dan setiap akok dijual pada harga RM4 untuk lima biji. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan