web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Asalnya Wartawan, Kini Pengusaha Itik Panggang

Pasangan suami isteri Amira Hanis dan Razman Nazrin membuat keputusan pulang ke kampung halaman untuk memulakan perniagaan itik panggang sejak tiga tahun lepas.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 8:04AM

Razman Nazrin Shah menyediakan hirisan dada itik di restoran Ipoh Smokey Roasted Duck miliknya di Pusat Perdagangan Jelapang 2, Ipoh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dari bidan terjun, pasangan bekas pengamal media tidak menyangka cubaan mereka menceburi bidang perniagaan makanan berasaskan itik mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di bandar raya ini.

Bekas wartawan penyiaran Bernama TV Amira Hanis Mohd Asri, 33, dan suaminya Razman Nazrin Shah Abdul Aziz, 34, yang juga bekas Pembantu Pengurus Pentas di Pak Ngah Production membuat keputusan berhenti bekerja di ibu negara, dan pulang ke kampung halaman mereka di sini serta memulakan perniagaan itik panggang sejak tiga tahun lepas.

“Suami suka memasak dan selalu menyediakan hidangan itik panggang untuk keluarga. Jadi saya cadangkan supaya kami menjualnya kerana percaya ia boleh mendapat permintaan tinggi.

“Kami pernah cuba menjualnya secara dalam talian di sekitar Bangi dan Damansara sebelum membuka gerai di Ipoh. Alhamdulillah. Bermula dari gerai, kini kami beroperasi sepenuhnya di sebuah restoran,” kata Amira Hanis ketika ditemui Bernama di restorannya Ipoh Smokey Roasted Duck di Pusat Perdagangan Jelapang 2 di sini, baru-baru ini.

Hirisan dada itik panggang dihidangkan bersama nasi, sayur coleslaw, salad dan sos bawang putih. - Gambar Bernama
Hirisan dada itik panggang dihidangkan bersama nasi, sayur coleslaw, salad dan sos bawang putih. - Gambar Bernama

Amira Hanis berkata menu istimewa yang paling diminati pelanggan adalah set Smokey Roasted Duck iaitu hirisan dada itik panggang dihidangkan bersama nasi, sayur coleslaw, salad dan sos bawang putih.

Selain set itik panggang, menu lain yang tersedia di restoran ini ialah nasi itik, nasi ayam, dan mi wantan itik serta mi wantan ayam yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina. Restoran ini juga menggunakan daging itik segar setiap hari bagi memelihara kualiti makanan dan kesemua menu dijamin halal, kata Amira Hanis.

“Kami juga telah melakukan proses percubaan beberapa kali untuk dirasai pelanggan sehingga kami memperoleh hasil rasa itik gantung ala Hong Kong yang betul-betul enak dengan ramuan perapan daripada lima rempah terpilih.

Pekerja Hidayah Azahar, 23, memasukkan beberapa ekor itik ke dalam pemanggang. - Gambar Bernama
Pekerja Hidayah Azahar, 23, memasukkan beberapa ekor itik ke dalam pemanggang. - Gambar Bernama

“Proses memanggang itik dan ayam juga memerlukan kesabaran dan penyesuaian suhu bagi memastikan daging itik garing di bahagian luar namun isinya dimasak sempurna dan lembut di bahagian dalam,” jelasnya.

Walaupun rutin harian Amira Hanis berbeza dari dulu, iaitu menjalani gaya hidup glamor sebagai pembaca berita, namun kini beliau lebih senang sebagai peniaga makanan.

“Rasa seronok kerana dapat memenuhi selera makan pelanggan dengan hidangan itik selain Perak merupakan antara negeri terbesar di Semenanjung yang mempunyai kawasan ternakan itik,” katanya.

Razman Nazrin Shah sibuk melayan pelanggan tetapnya. - Gambar Bernama
Razman Nazrin Shah sibuk melayan pelanggan tetapnya. - Gambar Bernama

Bercerita lebih lanjut, Amira Hanis berkata menu itik panggang restoranya itu semakin laris selepas seorang pentadbir laman sosial Facebook tempatan (MohKeIpoh, Oh my Perak) menempah hidangan daripada restorannya dan mempromosikannya sehingga ia tular dan mendapat komen positif  warganet.

“Kami juga gembira kerana pelanggan restoran ini terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa yang gemar untuk menikmati daging itik,” katanya mengakui menerima banyak tempahan setiap hari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan