web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unicorn FourSeason Durian Gift Set: Cadangan Hadiah Kala Ramadan dan Raya

Sumbangan Ramadan dari Unicorn FourSeason Durian kepada Yayasan Afdlin Shauki.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambil membeli, kita beramal! 

Ukir senyuman di muka ahli keluarga, sanak-saudara, teman-teman atau jiran tetangga dengan memberi set hadiah Ramadan dan Raya, Unicorn FourSeason Durian Gift Set kepada mereka!

Menariknya, Unicorn FourSeason Durian Gift Set ini dilancarkan oleh Datuk Afdlin Shauki bersempena bulan puasa dan Raya 2021 yang bakal menjelma tiba.

Set hadiah Ramadan dan Raya ini dipek secara eksklusif dalam satu kotak lengkap berlaci dua tingkat berwarna hitam dan emas.

Ia mengandungi sebotol sambal, biskut keju, kurma, dodol, kopi dan sekotak durian perdana iaitu Raja Kunyit atau lebih terkenal dengan panggilan Musang King yang dipek secara sejuk beku. 

Istimewanya, semua bahan-bahan yang terdapat dalam Unicorn FourSeason Durian Gift Set ini dimadukan bersama Musang King gred perdana.

Datuk Afdlin juga berikrar akan menyumbang sebahagian daripada keuntungan jualan Unicorn FourSeason Durian Gift Set kepada Yayasan Afdlin Shauki untuk membantu golongan yang memerlukan. 

“Kita membantu orang-orang yang dalam kesusahan. Saya amat berbangga dengan syarikat korporat seperti Unicorn FourSeason Durian  yang berbesar hati untuk bekerjasama dengan Yayasan Afdlin Shauki.”

“Sebahagian daripada jualan set hadiah musim perayaan ini akan pergi ke tabung Yayasan Afdlin Shauki. Ia juga akan kami gunakan untuk membantu projek-projek kami, membantu golongan yang dalam kesusahan, dalam dan luar negara,” ucapnya.

Hulurkan bantuan dan sambut Ramadan dan Raya dengan Unicorn FourSeason Durian Gift Set (RM168). Percuma sampul raya dan ucapan raya berserta tandatangan Datuk Afdlin Shauki dengan setiap pembelian. Selamat beramal! – Getaran, 14 April 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mohon Sijil Halal Sebelum Iklan Juadah Iftar, Bufet Sempena Ramadan - JAKIM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

4

TARA 2 tahun yang lalu

Anda Penggemar Durian? Ini Gerai Wajib Kunjung Di Sekitar Selangor!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi