web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohon Sijil Halal Sebelum Iklan Juadah Iftar, Bufet Sempena Ramadan - JAKIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 8:10PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan oleh mana-mana pihak membuat pengiklanan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia termasuk mengiklan makanan halal atau boleh dimakan orang Islam seperti bufet, iftar dan set Ramadan.

"Saranan ini dibuat lebih awal supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan. 

"Seperti kelaziman, setiap kali bulan Ramadan, banyak pengusaha perniagaan makanan seperti hotel, restoren dan seumpamanya akan mempromosikan juadah berbuka puasa atau bufet Ramadan," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook JAKIM hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang supaya mendapatkan SHPM.

"Pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan bufet Ramadan, namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

"JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected]. - Getaran, 5 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Semasa 11 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar