web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Hidangan Mesti Cuba Sempena Ulang Tahun Ke- 25 The Coffee Bean & Tea Leaf

Terdapat 7 pilihan hidangan terbaharu untuk meraikan ulangtahun ke-25 The Coffee Bean & Tea Leaf.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 4:01PM

Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah 25 tahun menggembirakan pencinta kopi dan peminat manisan, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia kini bersedia untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-25. 

Detik istimewa ini turut menyaksikan rangkaian ‘kedai kopi’ ini tampil dengan minuman baharu untuk tempoh terhad. Tidak ketinggalan, beberapa sajian menambat selera yang terdiri daripada pemanis mulut yang diberi sentuhan warna ikonik mereka, ungu. 

“Sambutan ini meraikan setiap detik manis yang telah kami kongsi bersama pelanggan, biarpun menerusi secawan kopi, sepotong kek atau juadah-juadah yang lain. 

“Telah menjadi keutamaan kami untuk memastikan setiap kunjungan anda ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf dapat memberi kehangatan seperti berada di rumah sendiri,” ujar Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

Jadi, jika anda salah seorang yang sukar berpisah dengan jenama ini, bolehlah luangkan masa ke cawangan terdekat The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia untuk menggembirakan hati dengan pelbagai pilihan kopi dan makanan enak.

Boleh cuba tujuh pilihan hidangan terbaharu berikut untuk pengalaman menjamu selera yang lebih menggembirakan.

 

1) Lavender Cold Brew Latte

Dirumus khas sempena sambutan ulang tahun The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia yang ke-25, Lavender Cold Brew memetik ilham daripada warna ikonik jenama kopi ini. Lavender Cold Brew Latte membawakan kopi bru dingin dengan sentuhan lavender. 

 

2) Twilight Berry

Mousse lemon dan beri biru yang enak mempersembahkan rasa di atas lapisan span hitam arang dan biskut krim. Tersedia untuk hidangan individu atau anda boleh beli sebiji kek untuk dikongsi bersama keluarga mahupun teman-teman.

 

3) Murasaki Blondie

Kelazatan taro digandingkan dengan konfeksi coklat putih serba manis, lembut bak baldu. Rasai kerapuhannya dalam keadaan sejuk atau biar ia meleleh di mulut anda setelah dipanaskan. Juga tersedia dalam bentuk sebiji kek dan potongan individu serta bersaiz kecil.

 

4) Coco Yam Tart

Tat lazat lagi empuk. Gandingan bahan kelapa bersama keladi menciptakan rasa yang bahagia. Enak dinikmati dengan secawan minuman hangat. 

 

5) Purple Swirl

Snek atau roti yang diperbuat daripada kacang merah dan ubi keledek ungu ini mempunyai rasa manis dan ditambah dengan kekacang untuk mencipta rasa yang lebih sempurna.

 

6) Asam Beef Pandesal

Intinya diinspirasikan daripada hidangan asam pedas negeri Melaka. Ada sedikit persamaan dengan hidangan karipap dan rasanya sedikit pedas.

 

7) Pecan Caramel Muffin

Siapa yang tidak suka dengan mufin? Hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. Menu terbaharu ini menyerlahkan keenakan kacang pekan dan karamel bergaram serba ‘smoky’ serta lembut lagi beraroma.

Untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ini, The Coffee Bean & The Leaf juga membawakan pelbagai promosi. Salah satu daripadanya adalah, bermula dari 16 hingga 18 September, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, anda boleh menikmati diskaun 16% untuk mana-mana minuman bru sejuk. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry