web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Flagship' Terbesar Di Dunia, llaollao Pavilion KL Tampilkan 4 Menu Istimewa, Sos Lazat Dari Sepanyol

Menu baharu nan istimewa yang diperkenalkan itu adalah llaollao Brioche, llaollao Brownies, llaollao Frappe dan llaollao NEXT dengan pelbagai 'topping' dan sos yang diimport dari Sepanyol.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 6:12PM

Bukan hanya 'flagship' terbesar di dunia, llaollao Pavilion KL ada menu istimewa untuk anda - Gambar ihsan llaollao Malaysia

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak jenama yogurt beku (froyo) Eropah yang terkemuka di dunia, llaollao (sebutan yao-yao) mula bertapak di Malaysia sekitar 2015, ia telah mencetuskan kegilaan yang tersendiri di kalangan peminat setianya di negara ini. 

Setiap cawangan Ilalollao tidak pernah sepi daripada peminat-peminat setia yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati keenakan froyo yang berasal dari Sepanyol ini. 

Kini, llaollao semakin meluaskan sayapnya dengan memperkenalkan kedai flagship terbesar dunia di Pavilion Kuala Lumpur, lengkap dengan penambahan menu unik yang luar biasa dengan pilihan topping yang beraneka.

Menu baharu yang diperkenalkan itu adalah seperti ‘llaollao Brioche’, ‘llaollao Brownies’, ‘llaollao Frappe’ dan ‘llaollao NEXT’ untuk memberi kebebasan kepada pelanggan mencipta versi mereka tersendiri dengan gabungan pilihan topping yang pelbagai.

Pilihan tersebut terdiri daripada buah-buahan segar yang dipotong sehingga ke pilihan topping rangup, bahkan ia turut menyediakan sos enak istimewa yang diimport dari Sepanyol.

Inilah sebahagian daripada keistimewaan yang terdapat di kedai flagship llaollao di Pavilion Kuala Lumpur, bagi mencipta sebuah destinasi utama yang selesa untuk pelanggan menikmati yogurt beku sihat kegemaran mereka.

Pengarah Woodpeckers Group Sdn Bhd (pemilik jenama llaollao Malaysia), Tan Kai Young berkata, setelah menjamu rakyat Malaysia dengan aneka pilihan froyo semula jadi yang sihat selama 7 tahun, llaollao akan terus berdedikasi untuk menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pelanggan setia.

"Selepas bertahun-tahun menyajikan llaollao kepada rakyat Malaysia sejak 2015, kami yakin bahawa kami mahu mengembangkan lagi jejak kami di Malaysia dengan melancarkan kedai flagship terbesar dunia di salah satu destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia.

“Kami juga ingin menjadikan rasa froyo rasa yang tersendiri, iaitu satu perisa luar biasa yang dicipta produk kami secara unik untuk diserasikan dengan selera semua dengan pelbagai kombinasi yang tidak dapat temui di tempat lain,” katanya. 

llaollao juga turut meletakkan sasaran untuk terus berkembang maju serta membuka 20 cawangan lain di seluruh negara menjelang akhir 2022 untuk menyebarkan lagi kegembiraan llaollao dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sempena penambahan kedai-kedai baharu yang akan beroperasi di Malaysia, kami akan menganjurkan lebih banyak promosi dan menyediakan lebih banyak koleksi produk yang inovatif supaya rakyat Malaysia dapat menghayati rasa jenama froyo kegemaran mereka,” kata Kai Young lagi. 

Sejak beroperasi selama lapan tahun, llaollao telah pun mempunyai 80 cawangan di seluruh Malaysia dan ia turut diperakui sebagai jenama yoghurt beku dari Eropah yang sihat serta memiliki nilai nutrisi tinggi. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Kempen Global ‘Only In Madrid’ Tampilkan Keunikan Ibu Kota Sepanyol

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi