web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Restoran Jepun Ungguli Carta 50 Restoran Terbaik Asia! 

Restoran Den merangkul tempat pertama di senarai ‘Asia’s 50 Best Restaurants 2022’.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 2:00PM

Gambar ihsan theworlds50best.com

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Restoran Den di Tokyo berjaya merangkul tempat pertama di majlis anugerah Asia’s 50 Best Restaurants 2022 (A50BR 2022) yang dipancarkan secara serentak di Bangkok, Macau dan Tokyo.

Ditaja oleh S. Pellegrino dan Acqua Panna, anugerah utama ini diterima oleh pemilik restoran merangkap cef utamanya, Cef Zaiyu Hasegawa.

Pada tahun ke-10 penganjurannya ini, A50BR 2022 menampilkan 16 penyertaan baharu dengan Jepun menerajui 11 penyertaan, diikuti Thailand (9 penyertaan) dan Singapura (7 penyertaan).

Selain memenangi tempat pertama, restoran ini turut merangkul dua anugerah tambahan iaitu ‘The Best Restaurant in Asia’ dan ‘The Best Restaurant in Japan’. 

Dibuka pada 2007, restoran Den membiaskan personaliti Cef Hasegawa dengan mengambil pendekatan peribadi dan tradisional untuk hidangan kaiseki istimewanya. 

Gambar ihsan theworlds50best.com
Gambar ihsan theworlds50best.com

Restoran Villa Aida di Wakayama, Jepun membuat penampilan sulung dalam senarai ini dan berjaya meraih anugerah ‘Highest New Entry Award’.

Meningkat sebanyak 14 anak tangga ke tempat ke-13, restoran Ode di Tokyo memenangi ‘Highest Climber Award’.

Wakil negara jiran, restoran Odette di Singapura pula menerima ‘Gin Mare Art of Hospitality Award’ untuk tahun ini.

Cef Maira Yeo dari restoran Cloudstreet, Singapura turut memperolehi gelaran ‘Asia’ Best Pastry Chef’ tajaan Valrhona.

Sementara itu, Cef David Lai dari restoran Neighborhood di Hong Kong meraih ‘Inedit Damm Chef’s Choice Award’ yang diundi bersama oleh rakan-rakan cef dari restoran-restoran yang lain.

Gambar ihsan theworlds50best.com
Gambar ihsan theworlds50best.com

Cef Hasegawa dan pasukannya berusaha menjamu para pengunjung dengan persembahan hidangan tradisional Jepun yang kreatif dan menarik, sekaligus berjaya menambat hati para juri.

Restoran Den turut disertai oleh restoran Sorn yang menduduki tempat kedua, yang turut merangkul anugerah ‘The Best Restaurant in Thailand’. 

Tempat ketiga pula diduduki sebuah lagi restoran Jepun bernama Florilège.

Pemenang tempat pertama tahun lalu, The Chairman di Hong Kong jatuh ke tempat kelima, tetapi masih mampu mengekalkan anugerah ‘The Best Restaurant in China’.

Jadi apa tunggu lagi? Rancang pelancongan anda sambil selami pengalaman gastronomi di 50 restoran terbaik di Asia ini! - Getaran, 14 Julai 2022

Gambar ihsan theworlds50best.com
Gambar ihsan theworlds50best.com

Sumber dan gambar: theworlds50best.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan