Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nikmati Kopi Dalam Suasana Perkhemahan

Kopi dibru kini tidak hanya ada di kedai fizikal, malah boleh dinikmati ketika berkhemah di tepi pantai dengan adanya penjual kopi bergerak menggunakan van perkhemahan.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 2:00PM

Kopi Kamper dan Sista Coffee Camper - Gambar Instagram @sistacoffeecamper

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahu mengabadikan saat indah dan santai menghirup aroma secangkir kopi ketika berkhemah menjadi inspirasi peniaga ini menjual kopi secara bergerak menggunakan van yang diubah seperti 'campervan' atau van perkhemahan. 

Minat berkhemah sejak di bangku sekolah, pengasas jenama Kopi Kamper Iqmal Fajri Abdul Muiz, 41, berkata pengalaman menikmati kopi dalam ketenangan rimba mahupun ketika dibuai deruan ombak di tepi pantai tentunya menjadi momen yang dirindui pengembara.

Bagi menaikkan 'mood', bekas eksekutif pengurusan acara itu turut menggayakan pakaian santai seakan-akan dalam perkhemahan sambil mengenakan topi memancing. 

"Walaupun tidak boleh 'bawa' suasana dan kedamaian sebenar 'mengopi' ketika berkhemah, kita harap konsep ‘campervan’ ini sedikit sebanyak mampu mengimbau memori atau pun memberi pengalaman baharu kepada pelanggan ketika menikmati kopi," katanya kepada Bernama. 

Baru memulakan perniagaan sekitar Februari lepas, Iqmal Fajri bukan sahaja berniaga di beberapa tempat tumpuan di ibu negara seperti Taman Tasik Titiwangsa, di sini malah membawa van berwarna hitam merah itu menjelajah beberapa negeri lain termasuk Terengganu sebagai persinggahan.

"Berniaga dengan konsep ini juga rasa lebih bebas dan tidak terikat, berbanding dengan gerai fizikal yang kita perlu tunggu pelanggan datang, kita yang bergerak cari pelanggan selain kurang tertekan dengan sasaran jualan bulanan," katanya. 

Berkongsi lanjut, lulusan Ijazah Sarjana Muda Komputer Grafik itu membelanjakan hampir RM50,000 untuk kos membeli kenderaan serta mengubah wajah van tersebut menerusi kerja-kerja mengecat dan beberapa pemasangan aksesori serta peralatan. 

Katanya proses membancuh kopi menggunakan mesin kopi espresso elektrik dijalankan di bahagian belakang van berbekalkan kuasa daripada jentera elektrik (generator) dan bekalan air minuman yang dibawa dalam bekas air. 

Minuman itu ditawarkan dengan harga antara RM8 hingga RM12 dan Iqmal Fajri menggunakan biji kopi dari Brazil yang dipanggang di sebuah kilang tempatan untuk menghasilkan pelbagai minuman kopi seperti americano, latte dan cappucino.

Anak kelahiran Johor Bahru ini juga menampilkan kopi menggunakan resepi sendiri dalam bersaing menarik pelanggan antaranya campuran kopi espresso, susu segar dan gula Melaka yang dinamakan 'kampergonuts'.  

Menampilkan konsep yang sama Aini Mohd, 37, yang mula berjinak-jinak menjadi barista bagi memenuhi keinginan ibunya, seorang penggemar kopi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar dua tahun lepas.

"Ibu saya seorang yang gemarkan kopi bru, dan sering minta tolong saya belikan di kedai dan saya pula jenis tidak gemar keluar rumah malah kena memandu dan beratur panjang semata-mata untuk secawan minuman, jadi saya nekad untuk belajar buat sendiri menggunakan moka pot dulu," katanya. 

Mula berniaga kopi di rumah, anak bongsu daripada lima beradik itu kemudiannya menjual kopi di but kereta Perodua MyVi yang diubah suai menjadi 'campercar' sebelum membesarkan perniagaan dengan menggunakan van melalui jenama Sista Coffee Camper. 

Tidak hanya bergerak bebas dan banyak menyasarkan kawasan tapak perkhemahan seluruh negara, Aini juga banyak menyertai acara selain menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya. 

Beliau berkata bagi menampilkan produk berbeza, beliau dan pasukan juga berusaha mencipta resepi kopi berbeza antaranya ferrero salted caramel yang dihasilkan secara cuba jaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

2

Selera 1 tahun yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

4

TARA 1 tahun yang lalu

Kopi Malaysia, Lebih Gurih Dan Lemak

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini