web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk Makanan Berasaskan Tumbuhan Untuk Pilihan Sihat

Dek pandemik, ramai yang mula mengamalkan pemakanan sihat. Produk makanan berasaskan tumbuhan kini lebih mudah didapati bagi menyokong gaya hidup pengguna yang lebih lestari.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 4:08PM

Nuget Chickiee - Gambar ihsan Happiee!

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama ada anda sedar atau tidak, pandemik COVID-19 sebenarnya telah membuka banyak mata untuk lebih mementingkan kesihatan tubuh badan dan ketenangan minda untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Ramai yang mula mengamalkan pemakanan sihat untuk menjauhkan diri daripada penyakit-penyakit berbahaya.

Produk makanan berasaskan tumbuhan antara yang menjadi pilihan. Dek itulah, banyak syarikat yang ‘gembira’ memperkenalkan produk ini di pasaran demi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat. 

Terbaharu, syarikat perintis pemakanan berasaskan tumbuhan di Singapura, Growthwell Foods memperkenalkan produk berasaskan tumbuhan Happiee!™ kepada pengguna Malaysia.

Rangkaian makanan berasaskan tumbuhan keluaran Happiee!
Rangkaian makanan berasaskan tumbuhan keluaran Happiee!

Syarikat ini telah melantik syarikat tempatan, Country Farms Group untuk pengedaran eksklusif bagi memacu pelancaran jenama tersebut di seluruh saluran peruncitan dan perkhidmatan makanan di Malaysia.

'Popcorn' Chickiee
'Popcorn' Chickiee

“Memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia kini memilih diet veganisme, vegetarianisme atau fleksitarian kerana ingin meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, permintaan untuk alternatif makanan dan minuman berasaskan tumbuhan terus meningkat.

“Rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan ini telah dihasilkan secara strategik untuk memenuhi keperluan pengguna,” ulas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Country Farms Group Louis Kho. 

Patti Fishiee
Patti Fishiee

“Rakyat Malaysia semakin berminat untuk meneroka pilihan makanan berasaskan tumbuhan atas sebab kesihatan atau alam sekitar.

“Ini merupakan peluang yang terbaik untuk Growthwell Foods menghasilkan produk pemakanan berasaskan tumbuhan yang lebih mudah didapati bagi menyokong matlamat pengguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Growthwell Foods, Manuel Bossi pula. 

Jejari Fishiee
Jejari Fishiee

Rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan ini yang dihasilkan oleh Pusat Inovasi dan Pengilangan R&D Growthwell Foods menyediakan rangkaian makanan alternatif berasaskan tumbuhan yang berkhasiat tinggi sebagai ganti kepada makanan lain tanpa mengorbankan rasanya.

Rangkaian produk makanan lautnya, dihasilkan daripada konjac, ramuan yang secara semula jadinya bebas kolesterol, tinggi serat dan rendah kalori, yang turut boleh menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan paras kolesterol.  

'Popcorn' Chickiee
'Popcorn' Chickiee

Manakala, rangkaian produk ayam mereka berasaskan soya yang menyerupai rasa dan tekstur daging ayam sebenar.

Dengan versatiliti yang membolehkan ia digunakan dalam sebarang hidangan dan dihasilkan agar boleh dinikmati di mana sahaja, makanan berasaskan tumbuhan Happiee! Bukan sahaja sesuai untuk pengguna di rumah, tetapi ia juga boleh digunakan oleh cef untuk melengkapi sebarang di rumah untuk semua rakyat Malaysia.

Produk makanan berasaskan tumbuhan ini boleh didapati di cawangan pasaraya AEON di Semenanjung Malaysia menjelang akhir bulan ini.

Malah, jenama ini juga akan bekerjasama dengan beberapa restoran dan kedai makan ikonik di rantau ini untuk melancarkan hidangan-hidangan istimewa yang dihasilkan daripada produk-produk makanan berasaskan tumbuhan pada tahun ini. - Getaran, 27 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

2

Semasa 3 tahun yang lalu

CEO Disyaki ‘Orang Tengah’ Agih Projek RM92.5 Bilion Ketika Pandemik COVID-19 Ditahan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2022: Malaysia Selangkah Menuju Fasa Endemik COVID-19

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kereta Zon Paling Selamat Buat Alvin Chong Sewaktu 2 Tahun Dunia Dilanda Pandemik COVID-19

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN