web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CEO Disyaki ‘Orang Tengah’ Agih Projek RM92.5 Bilion Ketika Pandemik COVID-19 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 8:13PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan selepas disyaki menjadi ‘orang tengah’ dalam mengagihkan projek kerajaan sepanjang dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara sejak 2020.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan sebaik hadir memberikan keterangan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan peruntukan sebanyak RM92.5 bilion.

Dia ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya malam tadi.

Sumber berkata, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat, bagi memperolehi projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

“Hampir 90 peratus projek diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.

“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek sedang berjalan, membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus,” katanya.

SPRM sebelum ini mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan difokuskan kepada dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pada masa sama, sumber terbabit memaklumkan, suspek yang ditahan itu dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dengan pihak atasan.

Setakat ini, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisyen sebanyak tiga hingga lima peratus kepada sebuah parti politik.

“Ia kononnya bertujuan untuk pembiayaan politik,” katanya.

Suspek ditahan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 10 Januari depan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. - Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad