web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kereta Zon Paling Selamat Buat Alvin Chong Sewaktu 2 Tahun Dunia Dilanda Pandemik COVID-19

Pelakon dan penyanyi kacak, Alvin Chong turut meluah rasa tentang apa yang dialaminya sewaktu pandemik COVID-19 melanda dunia menerusi single terbaharu ‘One And Only’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 10:11AM

Alvin Chong - Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai penyanyi yang telah meluahkan perasaan yang mereka alami ketika pandemik COVID-19 melanda dunia dalam lagu. 

Pelakon dan penyanyi kacak, Alvin Chong juga tidak terkecuali apabila muncul dengan lagu terbaharu berjudul ‘One And Only’. 

“Ia menggambarkan perasaan saya beberapa tahun yang lalu. Lebih tepat sewaktu pandemik COVID-19. Ketika itu, saya banyak menghabiskan waktu di dalam kereta bersendirian. 

“Ini kerana sebaik sahaja saya keluar dari kereta saya rasa seperti ada beban. Ada tekanan dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan sebagai seorang anak, artis, abang dan juga kawan.

“Saya rasa seolah-olah berada di dalam kereta adalah satu-satunya tempat yang saya anggap zon selamat dan selesa buat diri sendiri. Malah pada saat itu, walaupun sudah penat bekerja seharian saya mengalami masalah untuk tidur,” jelas Alvin tentang single terbaharunya itu. 

Single ‘One And Only’ yang ditulis bersama kumpulan komposer terkenal MFMF ini mengambil masa dua hari untuk dizahirkan.

“Kami mulanya berborak panjang sekitar dua jam untuk mendapatkan idea utama lagu ini. Setelah menjelaskan ia berkisar perasaan saya, kami kemudian memikirkan lirik dan bunyi yang sesuai. 

“Sungguhpun ia bernuansa sedih dan sendu saya tidak mahu ia menjadi balada suram. Saya mahu ia menjadi lagu yang lebih rancak biarpun lirik sedikit bertentangan.
“MFMF setuju dengan idea itu dan berjaya memberikan apa yang saya mahu. Ia mudah untuk dinikmati dan boleh didengar secara santai,” ujar Alvin tentang karya ini.

Menurut Alvin lagi, proses rakaman lagu ini berjalan dengan sangat mudah.

“Sewaktu hendak merakam lagu ini, saya diberitahu kami perlu merakamkan vokal terdahulu untuk demo sahaja. Biasanya demo akan diserahkan kepada pihak syarikat rakaman untuk mendapat kelulusan dan kemudian barulah kita rakam lagu yang sebenar.

“Walau bagaimanapun pihak MFMF memberitahu kami tidak perlu merakam semula kerana vokal yang sudah dimasukkan sewaktu nyanyian demo rupa-rupanya sudah cukup bagus. 

“Saya terkejut namun sangat gembira. Malah menurut penerbit, ramai penyanyi kedengaran lebih tenang dan semula jadi sewaktu merakam demo berbanding sewaktu rakaman sebenar.

“Ini kerana mereka rasa tiada tekanan sewaktu merakam demo sahaja. Itulah yang terjadi pada saya kerana saya memang sedikit gementar saat rakaman sebenar,” seloroh Alvin tentang proses rakaman lagu.

Alvin turut menyatakan bahawa dia sangat gembira bekerjasama dengan MFMF.

“Mudah bekerja dengan mereka. Mereka dengar pendapat saya dan memahami kehendak saya sebagai artis.

“Saya pernah bekerja dengan penerbit serta komposer yang lebih senior dan lama dalam industri. Mereka ini biasanya kurang mahu mendengar pendapat artis baharu kerana rasa mereka lebih tahu apa yang sesuai untuk kami.

“Oleh kerana itu saya senang bekerja dengan MFMF kerana mereka lebih terbuka dengan cadangan dan idea saya,” bingkasnya lagi.

Single ‘One And Only’ boleh didengari di semua pelantar penstriman muzik digital dan muzik videonya pula boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia. - Getaran, 19 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah Kenapa Tak Boleh Nak Bersabar Ni?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN