web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasi Linopot Tarikan Gawai, Kaamatan Di Johor Bahru

Nasi linopot yang diperbuat daripada beras padi huma itu kebiasaannya dimakan dengan tuhau, jeruk bambangan, bosau (pekasam), taduk (batang keladi), tunduk mundok (daun ubi), ikan bilis dan sebagainya.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 5:40PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemeriahan sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan turut dirasai di selatan tanah air dengan penganjuran perayaan itu di pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru hujung minggu lalu.

Pesta yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10 malam itu, antaranya menyajikan persembahan tradisional, muzik asli, seni kraf dan peragaan pakaian tradisional masyarakat borneo, serta reruai jualan dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung.

Pengunjung juga berpeluang merasai nasi linopot yang menjadi antara makanan tradisi suku kaum Dusun, iaitu nasi yang digaul dengan ubi manis dan dibungkus dengan daun pokok wangian atau Longkobung.

Peserta pameran Jercy Corani Jailon, 46, berkata dia memilih untuk mempamerkan set nasi linopot kerana mahu memperkenalkan makanan tradisi suku kaumnya kepada masyarakat tempatan di Johor, selain mempromosikan budaya dan makanan tradisi Sabah.

“Rata-rata pengunjung sangat teruja dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang nasi linopot ini, jadi saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang supaya orang ramai lebih mengenali makanan tradisi Sabah,” katanya kepada pemberita.

Bekas jururawat itu berkata nasi linopot yang diperbuat daripada beras padi huma itu kebiasaannya dimakan dengan tuhau, jeruk bambangan, bosau (pekasam), taduk (batang keladi), tunduk mundok (daun ubi), ikan bilis dan sebagainya, mengikut selera masing-masing.

Sementara itu, seorang pembuat kraf tangan Sarawak Berama Jubang, 54, berkata beliau memilih untuk membawa hasil kraf tangan dari negerinya kerana mahu menunjukkan keunikkan hasil barangan itu kepada pengunjung, supaya ia tidak pupus ditelan zaman.

“Saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman mengenai sejarah seni kraf tangan hasil peninggalan nenek moyang, supaya ia terus kekal diingati walaupun kita sudah masuk ke era yang lebih moden.

“Misalnya di Johor, kita ada persatuan komuniti Sabah dan Sarawak selain kerap mengadakan pameran dan jualan di Pasar Borneo di Masai, yang sekali gus membuatkan orang ramai lebih mengenali hasil kraf tangan negeri kita, syukur tahun ini sambutan sangat meriah selepas dua tahun tidak meraikannya,” katanya.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di pusat beli belah berkenaan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Johor, bertujuan menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN