Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bronok Muar Bakal Rintis Potensi Juadah Kerabu 'Bronok Selatan'

Kajian awal mendapati bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides di Sungai Muar itu amat mirip dengan spesis bronok di Pulau Langkawi.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 3:15PM

Gambar Hiasan Twitter @fedtriyahya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penemuan timun laut atau bronok di Sungai Muar baru-baru ini, bukan sahaja membuka ruang penyelidikan kepada saintis tempatan tetapi juga berpotensi menjadi sumber rezeki baharu masyarakat setempat menerusi hidangan juadah kerabu ‘Bronok Selatan’.

Kajian awal mendapati bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides di Sungai Muar itu amat mirip dengan spesis bronok di Pulau Langkawi, satu daripada makanan laut yang mengangkat pulau lagenda itu sebagai destinasi penggemar hidangan berasaskan timun laut.

 Melalui penemuan haiwan itu oleh ‘saintis rakyat’ terkenal Mohd Ilham Norhakim Lokman dan penyelidikan lanjut oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), populariti Pulau Langkawi disebabkan haiwan daripada keluarga gamat laut itu akan dikongsi dengan Muar selepas ini.           

Ketua Penyelidik Dr Kamarul Rahim Kamarudin berkata kajian dijalankan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM dengan kerjasama komuniti nelayan dan peniaga makanan laut tempatan, bertujuan membantu komuniti setempat menjadikan bronok sebagai sumber rezeki selain melihat pontensi haiwan itu diternak di muara sungai.

“Bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides juga dikenali sebagai kentang laut kerana bentuknya seperti ubi kentang yang membiak di ekosistem laut," katanya ketika ditemui Bernama di UTHM Kampus Pagoh, dekat sini.

Menurut Kamarul lagi, sekiranya bronok berkenaan mampu diperolehi dalam kuantiti banyak di Sungai Muar, tidak mustahil satu hari nanti wujudnya ‘Bronok Selatan’ atau ‘Bronok Muar’ dan penggemar juadah istimewa berasaskan gamat ini tidak lagi perlu ke Pulau Langkawi untuk menikmatinya.

Kamarul berkata oleh kerana kerabu bronok yang disebut 'Salad Timun Laut’ dalam kalangan pelancong luar negara menjadi daya tarikan tambahan ke Pulau Langkawi maka Muar juga berpotensi popular dengan kerabu bronoknya sendiri.

Gambar: Ihsan UTHM
Gambar: Ihsan UTHM

"Juadah kerabu bronok dianggap mengandungi khasiat seakan sama seperti gamat emas iaitu bahan utama dalam penghasilan produk tradisional berasaskan gamat yang dapat membantu penyembuhan luka serta rejuvenasi.

"Populariti kerabu bronok di Pulau Langkawi mencetuskan idea untuk memperkenalkan juadah kerabu bronok di Muar kelak selepas mendapat maklumat terkini (berasasakan kajian) mengenai kehadiran spesis itu di muara Sungai Muar.

"Berdasarkan pemerhatian pada ciri luaran atau kajian sampel bronok yang diperolehi dari muara Sungai Muar, ternyata amat mirip dengan ciri Acaudina molpadioides dan juga bahan utama kerabu bronok yang digunakan di Pulau Langkawi," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan bahawa spesis timun laut itu adalah benar-benar bronok seperti spesis Pulau Langkawi, pengekstrakan osikel atau tulang kecil daripada tisu sampel dilakukan untuk mengenal pasti bentuk yang terkandung pada rumusan dan status spesis itu dijangka diketahui pada tahun ini juga.

"Kaedah penjujukan DNA juga akan dijalankan untuk mendapatkan kesimpulan akhir tentang status spesis sampel berkenaan,” katanya.

Kamarul berkata memandangkan Muar terkenal dengan beberapa jenis makanan tempatan yang unik termasuk juadah berasaskan tiram, maka pengenalan kerabu bronok sebagai menu tambahan dijangka  merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan.

"Dengan memperkenalkan dan mempopularkan kerabu bronok di Muar, orang ramai akan mempunyai tambahan satu destinasi pilihan untuk menikmati juadah kerabu bronok iaitu Muar di bahagian selatan Semenanjung Malaysia," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Generasi Ketiga Teruskan Legasi Selam Tiram Di Muar

2

Budaya 1 tahun yang lalu

Warisan 'Ngoca' Pastikan Kelestarian Sungai

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Jangan Guna Kosmetik Tiruan, Timbang Kilo

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Sekitar Sungai Muar Diminta Bersiap Sedia - Bomba

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat