web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Guna Kosmetik Tiruan, Timbang Kilo

Penggunaan produk tiruan atau kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa serta memberi kemudaratan pada kesihatan pengguna pada jangka masa panjang.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 5:50PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan produk kosmetik tiruan di pasaran tempatan dilihat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan ia amat membahayakan. 

Ini kerana penggunaan produk tiruan atau kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa serta memberi kemudaratan pada kesihatan pengguna pada jangka masa panjang. 

Lebih membimbangkan bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin antara yang dikesan paling banyak terdapat dalam produk timbang kilo di pasaran ketika ini. 

Justeru Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin mengingatkan pengguna tempatan supaya berhati-hati ketika memilih produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan perubahan dengan pantas atau 'sekelip mata'.

Ketua Pegawai Eksekutif, pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif, pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin

"Setiap produk kecantikan perlu diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum dipasarkan kepada pengguna. 

"Saya berasa amat kecewa dan terkilan apabila masih ramai lagi pengguna yang masih mendapatkan produk kosmetik tiruan di pasaran yang dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan.”

"Bahan produk kosmetik timbang kilo ini kebiasaannya tidak mengutamakan kebersihan, mengandungi campuran bahan meragukan serta dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal.”

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

"Disebabkan itu, ramai pengguna yang mengadu wajah mereka mengalami kegatalan, kulit makin berjerawat, mengelupas, kulit terbakar, melepuh dan muncul tompok hitam jeragat,” katanya.

Tambah Nur Bashirah lagi, kandungan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik timbang kilo bakal memberi risiko tinggi kepada pengguna apabila berdepan masalah seperti ruam dan iritasi pada kulit, juga penyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf.

 

Usahasama dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn

Menyedari masalah yang semakin membelenggu pengguna tempatan terutama kaum wanita yang sinonim dengan kecantikan, Charms tampil memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk. 

Justeru, bagi memastikan pengguna terus yakin dengan keberkesanan produk keluarannya, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuaan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikan Charms. 

Menurutnya, kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan.

"Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.”

“Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor di mana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.

“Pihak Charms berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan ke arah industri pengusaha produk yang lebih baik,” katanya. 

Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif. Produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Mula diperkenalkan sejak tahun 2012, jenama ini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengguna tempatan dan negara-negara luar seperti Singapura, Brunei, dan Arab.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Charms atau boleh ikuti media sosial Facebook dan Instagram di @charmscosmeticskincare. - Getaran, 22 Februari 2022

Gambar : Instagram @charmscosmeticskincare

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Produk Dikesan Miliki Racun Berjadual, Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Sistem Saraf 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden