web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 6:16PM

Azalina Othman Said - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS  -- Perbincangan dan kajian mengenai undang-undang berkaitan isu 3R (agama, raja dan kaum) termasuk sama ada akta baharu diperkenal akan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan dibuat.

"Menerusi sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan 3R baru-baru ini, ia bukan membincangkan undang-undang baharu... saya jemput Badan Peguam dan pihak berkepentingan untuk bincang hala tuju sebab ada yang berpendapat undang-undang sedia ada mencukupi.

"Namun ada juga kata perlu ada cara undang-undang lain seperti di Singapura dan Australia, sebenarnya Kabinet mengarahkan Kementerian Perpaduan dan Bahagian Undang-Undang untuk terlibat dalam perbincangan tersebut.

"Insya-Allah, pada mesyuarat Kabinet minggu ini saya akan bentangkan daripada kesimpulan perbincangan yang telah dijalankan... itu merupakan fasa pertama... perlukan banyak lagi perbincangan dengan pelbagai pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komunikasi Media MADANI:  Komunikasi Strategik dan Digital di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan mengkaji untuk mewujudkan akta baharu berdasarkan aspek sivil yang mungkin dinamakan Akta Negara Bangsa mirip Akta Keharmonian Kaum di Singapura dan cadangan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet.

Mengulas lanjut, Azalina berkata pihaknya perlu melihat secara menyeluruh termasuk aspek perpaduan dan jangka panjang termasuk elemen dalam politik yang menggunakan 3R  jika mahu mewujudkan undang-undang baharu berkaitan 3R itu. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad