Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MYSaveFood Edar Makanan Tak Terjual Di Bazar Ramadan, Elak Pembaziran

Usaha Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) itu bertujuan mengumpulkan makanan tidak terjual dari bazar Ramadan terpilih untuk diedarkan kepada golongan memerlukan di kawasan berhampiran.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 12:55PM

Gambar Hiasan, Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat peribahasa serampang dua mata, itulah inisiatif projek MYSaveFood@Ramadan yang bertujuan membantu golongan memerlukan di samping mengelakkan pembaziran makanan di bazar Ramadan.

Usaha Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) yang memasuki  tahun keenam itu bertujuan mengumpulkan makanan tidak terjual dari bazar Ramadan terpilih untuk diedarkan kepada golongan memerlukan di kawasan berhampiran.

Kapten MYSaveFood@Ramadan Fakhrul Razi Zainol Abidin berkata sejumlah 4,119.80 kilogram (kg) makanan dan minuman berjaya diselamatkan dari peniaga di 11 bazar Ramadan di beberapa negeri, dalam tempoh 12 hari kempen tersebut dijalankan bermula 4 April lepas.

 “Projek ini sudah bermula sejak 2016 namun, terhenti seketika pada 2020 akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kami akan kenal pasti setiap wakil atau penerima, contohnya pusat tahfiz, masjid atau gelandangan daripada senarai nama yang disimpan. Namun, jika sumbangan makanan itu sudah berlebihan, kami akan hubungi wakil di kawasan lain dan bertanyakan jika mereka memerlukannya atau tidak,” katanya kepada Bernama.

 

Inisiatif itu turut mendapat kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sementara itu, Pengerusi GEMA cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Vikneshvaran Tanabalam @ Hadi berharap lebih ramai sukarelawan tampil membantu menjayakan projek ini bagi memperbanyakkan penglibatan bazar. 

“Buat masa ini, kemampuan kami di ibu kota hanya melibatkan bazar Ramadan Kampung Baru susulan kekurangan sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata  orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh melayari https://bit.ly/VolunteerMySF untuk mendaftar atau laman sosial Facebook Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia untuk maklumat lanjut.

Berkongsi aspirasi sama, SWCorp turut menganjurkan sesi libat urus kempen ‘Hargai Makanan Elak Pembaziran’ sempena Ramadan bertemakan #JomTapau yang juga bertujuan mengurangkan pembaziran makanan dan jumlah sisa makanan di tapak pelupusan bagi mengelakkan kesan pencemaran dan pemanasan global.

“Sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan adalah sisa makanan dan daripada jumlah tersebut, 76 peratus merupakan sisa makanan tidak boleh dielak manakala bakinya 24 peratus sisa makanan yang boleh dielak.

“Selain itu, lambakan sisa makanan di tapak pelupusan juga akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan global akibat pembebasan gas metana yang terhasil daripada proses penguraian sisa makanan yang memberi kesan ke atas pemanasan bumi sebanyak 34 kali lebih besar berbanding gas karbon dioksida,” kata Pengerusi SWCorp  Datuk Rizalman Mokhtar dalam kenyataan.

Menurutnya, pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus bagi mendidik masyarakat dan pengendali makanan membuat perancangan semasa membeli-belah seterusnya menghargai makanan bagi mengurangkan penghasilan sisa pepejal terutamanya sisa makanan.

“Amalan berlebih-lebihan dalam penyediaan dan pembaziran makanan perlu dielakkan agar ia tidak berakhir di tapak pelupusan sebagai usaha menjadikan Malaysia negara yang bersih, indah dan sejahtera,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Semasa 1 bulan yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki