web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Walaupun Harga Meningkat, Suntong Tutok Tetap Jadi Pilihan Berbuka Puasa

Suntong Tutok yang merupakan hidangan sotong kering yang dibakar dan kemudiannya diketuk atau digiling itu kekal mendapat sambutan tinggi penggemarnya meskipun harganya meningkat saban tahun.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 5:45PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, Bubur Pedas dan Kuih Bongkol pastinya menjadi juadah yang sinonim untuk berbuka puasa di Sarawak, namun bagi mereka yang lebih cenderung untuk menikmati makanan laut, Suntong Tutok akan menjadi pilihan mereka di negeri ini. 

Suntong Tutok yang merupakan hidangan sotong kering yang dibakar dan kemudiannya diketuk atau digiling itu kekal mendapat sambutan tinggi penggemarnya meskipun harganya meningkat saban tahun, kata Dayang Zunika Abang Adenan, 61,  yang telah mengusahakan perniagaan juadah sotong itu sejak berumur 20 tahun lagi.

Beliau yang ditemui Bernama di Kampung Nombor di sini berkata keadaan dahulu dan kini cukup berbeza dengan harga pasaran sotong pada hari ini mencecah lebih RM160 sekilogram berbanding RM45 sekilogram 30 tahun lalu.

“Walaupun harganya naik sebegitu, saya kadang-kadang tidak menang tangan bagi memenuhi tempahan pelanggan yang bukan sahaja di Kuching tetapi juga dari Sabah dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beroperasi setiap malam sepanjang bulan Ramadan ini, hasil jualan Dayang Zunika tidak pernah kurang dari lima kilogram sotong sehari dan setiap sotong dijualnya bermula RM5 hingga RM25 seekor mengikut saiz.

Dayang Zunika berkata beliau kini lebih senang dengan kaedah menggiling sotong kerana saiz sotong yang lebih panjang dan tebal namun masih juga membuat sotong ketuk atas pemintaan pelanggan.

“Tidak kira kaedah ketuk ataupun menggunakan mesin giling, masing-masing mempunyai rasa dan tekstur unik yang menjadikannya pilihan penggemar Suntong Tutok,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden