web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tradisi Makan Colek Selepas Tarawih Kembali Meriah

Antara colek yang menjadi kegemaran ialah celup tepung seperti udang, paru, ikan, bebola ikan, sosej, isi ketam, isi udang, keropok lekor, popia dan colek 'malas' (jemput-jemput tepung) serta buah-buahan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2022 4:17PM

Gambar Hiasan: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fasa Peralihan ke Endemik memberi nafas baharu kepada peniaga colek di daerah ini yang tidak menang tangan melayan kunjungan pelanggan yang memenuhi gerai jualan selepas menunaikan solat tarawih.

Seorang peniaga Nor Azizah Mohd Nor, 44, yang menjalankan perniagaan di Melor, di Kelantan berkata beliau menyediakan 30 jenis colek tahun ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Bercakap kepada Bernama, Nor Azizah berkata antara colek yang menjadi kegemaran ialah celup tepung seperti udang, paru, ikan, bebola ikan, sosej, isi ketam, isi udang, keropok lekor, popia dan colek 'malas' (jemput-jemput diperbuat daripada tepung) serta buah-buahan.

"Colek ini dijual dengan harga serendah RM1 hingga RM5 setiap satu.

“Saya jual colek dengan harga murah kerana niat untuk membolehkan penduduk di sekitar Melor, Ketereh, Kadok, Mahligai, Gunong dan Pasir Puteh dapat sama-sama menikmati keenakannya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ditanya mengenai keistimewaan colek jualannya, Nor Azizah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Zah Petron Melor berkata beliau menawarkan tiga jenis rasa iaitu colek nisey kerek (gula melaka), colek pedas yang diletakkan cili kering dan colek manisan gula.

“Saya buka perniagaan bermula 8 malam hingga 12 tengah malam. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sejak hari pertama puasa.

“Saya rasa sangat bersyukur tahun ini dapat berniaga seperti biasa berbanding hanya pembelian secara bungkus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya yang dibantu tujuh pekerja setiap hari.

Di Kelantan, aktiviti makan colek popular khususnya selepas menunaikan solat tarawih. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Berkenan Menerima Menghadap, Berbuka Puasa Bersama PM

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Berbuka Puasa Bersama Pendidik, Ilmuwan, Ulama Dan NGO Islam

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN