web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kopi Tenggek Tarik Pengunjung Ke Pontian

Kopi Tenggek berjaya memikat hati penggemar kopi kerana kebanyakan pengunjung menyukai sesuatu perkara yang kreatif atau 'di luar kotak'.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 8:37AM

Gambar: Mohd Hilmizudin, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun kedai Kopi Tenggek terletak 25 kilometer (km) dari pusat bandar Johor Bahru, namun premis itu sentiasa dipenuhi penggemar minuman itu dari luar daerah ini termasuklah pengunjung bukan bangsa Johor.

Pemiliknya Ghazaliey Ayiub, 55, berkata secara purata kedainya menerima 300 pelanggan pada hari bekerja manakala lebih 600 pada hujung minggu sekali gus menjana pendapatan lumayan kepada beliau.

"Alhamdulillah. Saya tidak menyangka ia boleh laris sebegini sehinggakan pelanggan dari luar Johor juga sanggup datang dari jauh untuk mencuba sendiri Kopi Tenggek," katanya ketika ditemui Bernama di kedainya yang terletak kurang 5km dari Taman Negara Tangjung Piai, dekat Pontian.

'Tenggek' bermaksud duduk di tempat tinggi sekali gus menggambarkan sinonimnya nama kedai tersebut melalui cara minuman itu dihidangkan dengan bekas penapis yang berisi 10 gram serbuk kopi diletakkan di atas permukaan gelas, kemudian air panas bersuhu 97 darjah celsius dituangkan ke dalam bekas penapis itu.

Menerusi keunikan konsep kedai kopinya itu, anak jati Pontian itu berkata ia berjaya memikat hati penggemar kopi kerana kebanyakan pengunjung menyukai sesuatu perkara yang kreatif atau 'di luar kotak'.

"Kebiasaannya, rata-rata kedai menghidang minuman ini dengan serbuk kopi di bawah tetapi di Kopi Tenggek serbuknya diletakkan di atas. Sebelum ia boleh diminum, pelanggan akan tengok proses air kopi itu menitik.

“Ini yang menarik perhatian mereka dan dengan adanya media sosial, Kopi Tenggek menjadi semakin tular apabila para pelanggan membuat hantaran dan dikongsikan di platform itu sehingga lebih dikenali," kata pemilik kedai itu yang mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Bercerita lanjut, Ghazaliey berkata idea itu tercetus semasa melancong ke Saigon, Vietnam beberapa tahun lepas apabila melihat ramai pembonceng motosikal di negara itu menjual kopi menggunakan kaedah yang sama.

Bekas penolong pengurus sebuah syarikat barangan elektronik itu berkata beliau turut melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan sebelum memulakan perniagaan itu pada 2018 bagi memastikan kualiti terjamin selain perancangan strategi pemasaran.

Ditanya mengenai hasrat untuk memperluaskan Kopi Tenggek, Ghazaliey berkata perkara itu dalam perancangan termasuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain dan peringkat antarabangsa.

Sementara itu, seorang pelanggan Nurul Farah Rahman, 28, berkata sebagai penggemar kopi, beliau amat menyukai kelainan di kedai Kopi Tenggek kerana ia amat jarang ditemui di tempat lain.

“Saya datang bercuti ke Johor Bahru untuk melawat sepupu. Jadi, saya bersama keluarga ambil peluang untuk merasai Kopi Tenggek sebab tengok viral dalam media sosial malah ramai juga yang cadangkan. Memang rasanya pun sedap dan berbaloi,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Kopi Tenggek turut menjual pelbagai minuman lain serta aneka makanan dengan harga berpatutan seperti nasi goreng, nasi arab, keropok lekor dan roti kukus yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Kopi Tenggek beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Selasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Kolum 5 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN